1.

Apakah maksud audit pengurusan?

 

Audit Pengurusan bermaksud pemeriksaan ke atas pengurusan Pertubuhan Peladang (PP) secara menyeluruh atau projek khusus bagi tujuan membantu PP membuat penambahbaikan.

 

 

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan projek khusus sesuatu PP?

 

Pemeriksaan ditumpukan kepada sesuatu projek yang dilaksanakan oleh PP dan tidak menyeluruh kepada semua aktivitinya.Sebagai contohnya ialah projek ayam, kelapa sawit, kilang beras dan sebagainya.

 

 

3.

Apa perbezaan di antara audit pengurusan dengan siasatan?

 

Audit pengurusan berfungsi seolah jawatankuasa kerja penambahbaikan. Sedangkan siasatan lebih kepada proses mendapat fakta tentang salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah dan sebagainya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang.

 

 

4.

Siapakah yang boleh dilantik sebagai panel audit pengurusan?

 

Mana-mana anggota LPP yang memiliki kemahiran dan pengalaman dalam sesuatu bidang kepakaran yang diperlukan untuk sesuatu tujuan pelaksanaan audit pengurusan, adalah layak untuk dipertimbangkan.

 

 

5.

Berapakah bilangan panel audit yang dilantik?

 

Panel audit pengurusan kebiasaannya terdiri daripada 3 (tiga) orang anggota dari pelbagai kepakaran seperti kewangan, pengurusan, perakaunan dan sebagainya.

 

 

6.

Berapa lamakah tempoh yang ditetapkan untuk membuat audit pengurusan?

 

Panel audit pengurusan perlu menyiapkan laporan dalam masa 2 (dua) bulan selepas dilantik.

 

 

7.

Apakah yang akan dibuat dengan laporan berkenaan?

 

Laporan tersebut akan dibentangkan oleh panel audit kepada PP berkenaan supaya tindakan penambahbaikan dapat diambil oleh PP mengikut kesesuaian dan kemampuan PP berkenaan.

 

Nama : Mohd Faizul Bin Mohammad
Jawatan : Penolong Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : mohd_faizul@lpp.gov.my

 

 



Dikemaskini pada: 17 Nov, 2019




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda