1.Apakah pendekatan dan cara pelaksanaan program Pembangunan Unit Peladang (FDU)?

 Pendekatan dan pelaksanaannya berasaskan kepada Pembangunan Unit Peladang yang berpotensi untuk dimajukan selaras dengan rancangan memperkasakan 200 Unit Peladang di bawah RMK-9, iaitu :-

Pembangunan Sumber Manusia (Kefahaman projek FDU, Kursus Motivasi, latihan sangkut & teknikal, Pengurusan Projek, perakaunan dan Kewangan)

Pembangunan projek Ekonomi secara kelompok - sekurang-kurangnya 5 orang. (tanaman, ternakan, akuakultur, PKS dan emprosesan makanan.

Sasaran peserta projek FDU ialah semua atau seramai mungkin ahli peladang di bawah Unit Peladang (200 unit)

  

2.Siapakah yang layak memohon?

 Ahli-ahli Unit Peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan yang bergiat dalam bidang pertanian, dikalangan Kumpulan Pengeluar (KP), Kumpulan Peladang Muda (KPM), Kumpulan Peladang Nita (KPN) serta golongan belia dan siswazah, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  

3.Bagaimana mendapatkan pembiayaan projek?

 Ahli-ahli Unit Peladang dalam bentuk kelompok (sekurang-kurangnya 5 orang) mendapatkan borang dan memohon kepada PPK berhampiran untuk dimajukan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.

  

4.Berapakah jumlah pembiayaan projek yang boleh dipohon?

 Kelayakan maksima bagi permohonan projek adalah seperti berikut:Pembangunan Manusia / Komuniti
Tertakluk kepada keperluan dan dibiayai secara geran

Pembangunan Projek Ekonomi
tertakluk kepada bilangan peserta yang terlibat dan pembiayaan    gunasama dikhususkan untuk projek kelompok berasas keperluan sebenar dan siling projek

pembiayaan secara geran,  maksima permohonan ialah RM10,000 / peserta bagi kelompok sekurang-kurang 5 orang.

pembiayaan secara pinjaman, maksima permohonan individu untuk   sebarang projek ekonomi termasuk PKS ialah RM30,000 / orang secara kredit melalui PPK

  

5.Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan pembiayaan?

 Syarat Kepada Pemohon/Peserta :

Menjadi ahli PPK di Unit Peladang yang dipilih.

Jumlah saham di PPK minima RM50

Umur peserta di antara 18 - 50  tahun atau mempunyai pewaris bagi peserta yang berumur melebihi 50 tahun

Peserta dikehendaki memasarkan hasil projek melalui PPK/PPN

PPK berhak menarik balik semua peralatan yang dibekalkan sekiranya peserta gagal menjelaskan bayaran kredit dalam tempoh tiga (3) bulan

Semua  harta tetap  yang  dibekalkan  adalah menjadi  hakmilik  PPK sehingga kredit dijelaskan. Peserta tidak dibenarkan menjual sepenuhnya atau sebahagian daripadanya

Sekiranya peserta  menyewa  atau membajak tanah untuk  melaksanakan projek, peserta perlu menyediakan perjanjian sewa atau pajak tanah dengan tuan tanah bagi tempoh pelaksanaan projek dimana tuan tanah tidak mempunyai hak ke atas peralatan / harta tetap di atas tanah tersebut.

Syarat Kepada Projek :

Saiz projek yang ekonomik dan berdayamaju

Keutamaan kepada projek kelompok

Membantu pembesaran projek yang sedia ada

Pemasaran diatur  oleh  PPK  menerusi ''contract farming / contract marketing / joint venture'' 

Sumbangan peserta  dalam  bentuk  tenaga kerja,  tapak  projek dan modal operasi.


 

Nama : Che Aloha Binti Sulaiman
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : chealoha@lpp.gov.my

 

 



Dikemaskini pada: 17 Nov, 2019




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda