Golongan muda dalam bidang pertanian didapati minat keusahawanan

Golongan muda dalam bidang pertanian didapati minat keusahawanan

Golongan muda dalam bidang pertanian didapati minat keusahawanan

PUTRAJAYA, 13 Mei -- Kajian mendapati golongan muda yang terlibat dalam bidang pertanian di Malaysia lebih berminat ke arah keusahawanan, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. "Mereka bukan sahaja menjadi peladang, penternak dan nelayan, tetapi mereka turut memasarkan dan menjual produk-produk pertanian mereka sendiri," katanya memetik kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute (KRI) dalam KRI Discussion Paper yang diterbitkan pada 27 April 2020.

Menyedari perkara tersebut, Kiandee berkata kementerian melalui Program Agropreneur Muda (PAM) menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bernilai sehingga RM20,000, dan Pembiayaan Khas Agropreneur Muda iaitu pinjaman sehingga RM200,000 melalui Agrobank dan TEKUN Nasional dengan kadar faedah dua peratus sahaja.

Artikel penuh di https://www.bernama.com



Kemaskini Terakhir: 15 May, 2020