IPP PANJI

IPP PANJI

IPP PANJI

Latar Belakang
Institut Pengurusan Peladang Panji (IPP Panji) merupakan salah satu Institut Latihan Awam yang berada dibawah Lembaga Pertubuhan Peladang. Ianya terletak di kawasan Panji daerah Kota Bharu dan berkeluasan 1.5 hektar. Lokasi IPP Panji yang amat startegik iaitu berdekatan dengan pusat Bandar Kota Bharu, Bandar Baru Kubang Kerian dan kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Selain itu juga jaringan perhubungan ke IPP Panji amat meluas kerana boleh dihubungkan melalui jalan-jalan utama di negeri Kelantan serta berdekatan dengan pintu masuk utama ke Kelantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. IPP Panji memulakan operasinya pada tahun 2018 di bangunan yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Kemahiran Kejenteraan Peladang (PKKP). Setelah mengambil alih bangunan tersebut, ianya telah diubahsuai dan dinaiktaraf dengan dilengkapi bilik penginapan sebanyak 20 unit, sebuah dewan serbaguna dan pejabat operasi. .

 

Kemudahan Yang Disediakan Di IPP

1. Dewan serbaguna yang boleh diubahsuai untuk menjalankan pelbagai acara dengan kapasiti berbeza seperti :

  • Kursus dan latihan
  • Seminar dan taklimat
  • Bilik Kuliah
  • Bilik mesyuarat
  • Majlis Perkahwinan
  • Konvokesyen
  • Majlis Makan Malam
  • Pameran dan sebagainya

2. Bilik Penginapan berkonsepkan ala hotel bajet yang selesa dengan pelbagai kategori bilik yang boleh menempatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu-satu masa dengan kadar sewa yang berpatutan.

3. Ruang Solat (Musolla).  

4.Tempat Letak Kereta yang luas.

Keistimewaan dan Kemudahan yang ditawarkan

 

Alamat

Untuk Tempahan sila hubungi :
Institut Pengurusan Peladang Panji
Lot 3007, Cabang Tiga Panji,
16100 Kota Bharu,
Kelantan
Tel : 09-771 8220
Email : ipp.panji@gmail.com
www.facebook.com/Institut Pengurusan Peladang Panji

 

 



Kemaskini Terakhir: 20 Jul, 2020