Pembiayaan penting kerana modal diperlukan untuk menyedia infrastruktur dan modal kerja sesuatu projek. Tanpa kewangan yang mencukupi, prasarana menjadi tidak lengkap dan kos operasi projek tidak dapat ditampung.Maka projek yang diusahakan terdedah kepada kegagalan di pelbagai peringkat pelaksanaan.

Tujuan Dijalankan 
Antara tujuan perkhidmatan pembiayaan ini dijalankan adalah untuk:

  • Membantu dan meringan beban kewangan peladang dalam memodali projek yang mereka jalankan.
  • Menggalak dan menggiat para peladang untuk mengusaha dan memperbesarkan projek pengeluaran makanan.
  • Menggalak peladang mengusahkan projek komersil dan berteknologi tinggi serta menerokai bidang-bidang baru strategik.
  • Memudahkan peladang mendapat pinjaman dalam tempoh masa terdekat.

Skop dan Cara Pelaksanaan 
Perkhidmatan pembiayaan disediakan dan dilaksanakan pelbagai cara, antaranya:

  • Geran disediakan bagi infrastruktur projek pengeluaran makanan daripada peruntukan pembangunan LPP dan jabatan/agensi lain. Pinjaman pula boleh dipohon oleh peladang untuk membiayai kos operasi projek yang dijalankan.
  • Pertubuhan Peladang(PP) boleh memohon daripada Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P) di LPP atau daripada pelbagai skim pinjaman di Bank Pertanian Malaysia (BPM). Sumber pinjaman kepada peladang individu ialah di PP masing-masing dan BPM cawangan terdekat melalui:
    • Tabung Untuk Makanan (3F)
    • Tabung Industri Kecil dan Sederhana
    • Skim Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi Pertanian (MAP)
    • Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

Pembiayaan Perkhidmatan
Antara program yang dibiayai melalui peruntukan geran LPP, ialah:

  • Pembangunan Unit Peladang

Manakala Pinjaman K3P diutamakan untuk membiayai projek

  • Projek jangka pendek, seperti pemasaran padi sayur-sayuran dan ternakan.
  • Projek berasaskan kontrak, seperti kontrak bekalan dan perkhidmatan.
  • Projek tanaman dan ternakan/ternakair, yang pasarannya terjamin.

Peruntukan geran LPP dikawal oleh Bahagian Pengeluaran Ladang, Bahagian Perniagaantani dan Industri dan Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang mengikut program yang ditetapkan. Pinjaman K3P pula dikendalikan oleh Bahagian Perniagaantani dan Industri, Ibu Pejabat LPP
Pinjaman di bawah skim kerajaan diuruskan oleh BPM melalui cawangan-cawangannya di seluruh negara. Beberapa institusi kewangan lain turut dilantik sebagai wakil kepada Bank Negara Malaysia untuk memberi pinjaman.

Faedah dan Kesan
Di samping kewangan yang dimodali, projek yang dibiayai oleh LPP atau BPM turut mendapat khidmat nasihat, pemantauan dan penyelarasan projek yang sewajarnya kerana peladang adalah pelanggan utama LPP/BPM.

Penutup
Peladang digalak untuk mendapatkan pembiayaan melalui LPP dan BPM, kerana modal yang diperolehi dapat membantu dan memasti projek yang sedang dan akan dijalankan berjalan lancar dan mengikut apa yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat LPP dan/atau cawangan BPM terdekat.



Dikemaskini pada: 18 Oct, 2017




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda