PENGENALAN PERTUBUHAN PELADANG

Pertubuhan Peladang (PP) yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Mengikut Seksyen 7(3) Akta PP 1973, Ketua Pengarah LPP selaku Pendaftar PP telah mewakilkan sebahagian kuasanya kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak bagi Negeri Sarawak, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kecuali kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung dan membubar PP. Pencapaian prestasi PP di bawah penyeliaan LPP sahaja yang melibatkan sebuah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 13 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan 210 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

 

Objektif Pertubuhan Peladang

Objektif penubuhan PP adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.

 

Peranan Pertubuhan Peladang

Di antara peranan PP adalah untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial atau kebajikan anggotanya atau unit anggotanya dan hendaklah mempunyai kuasa bagi melakukan segala perkara yang perlu untuk mencapai tujuan itu dan khususnya tetapi tanpa menyentuh keluasan perkara yang tersebut terdahulu, ia hendaklah mempunyai kuasa—

1. Untuk mengadakan perkhidmatan pengembangan dan kemudahan latihan kepada peladang bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukan pertanian, perkebunan, penternakan binatang, ekonomi rumah tangga, perniagaan pertanian dan perusahaan komersial yang lain;

2. Untuk meluaskan pengeluaran pertanian di kalangan peladang dan pekebun kecil untuk mencapai kepelbagaian dan pengkomersialan pertanian yang lebih luas dan untuk meluaskan dan memajukan perniagaan pertanian;

3. Untuk mengadakan bekalan ladang dan keperluan harian termasuk kemudahan lain yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik;

4. Untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usaha perladangan;

5. Untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kredit dan memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang pertanian dan ekonomi;

6. Untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luar bandar;

7. Untuk mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan, penggudangan dan kemudahan lain;

8. Untuk mengendali dan mengadakan kemudahan pengangkutan bagi menambah usaha pemasaran pertanian dan usaha yang berkaitan;

9. Untuk menubuhkan dan mengendalikan loji memproses dan kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian;

10. Untuk membolehkan pembentukan modal dan pelaburan di kalangan anggota atau unit anggotanya melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha perdagangan dan perniagaan;

11. Untuk membantu anggota dalam memperoleh tanah dan untuk menjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah anggota;

12. Untuk menggalakkan dan mempergiat tindakan kumpulan melalui pelbagai projek kemasyarakatan dan memudahkan kemajuan pimpinan;

13. Untuk mengadakan perkhidmatan sosial, kemudahan pendidikan dan rekreasi untuk menambah kemajuan sosial dan kebajikan keluarga perladangan.

 

 

 



Dikemaskini pada: 18 Dec, 2017




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (1)

asasa

10 months after

ddsdsads ffd

Suarakan Pendapat Anda