Perkhidmatan Kejenteraan Ladang

Perkhidmatan Kejenteraan Ladang

1.Apakah jenis perkhidmatan kejenteraan ladang yang boleh diperolehi daripada PPK dan PPN ?

 Perkhidmatan membajak tanah, merata tanah, membuat parit, batas dan menuai padi.


  2.Bagaimanakah perkhidmatan kejenteraan ladang ini boleh diperolehi ?

 Peladang / ahli PP berhubung terus dengan PPK berhampiran, PPN Jentera/Ketua Unit/Kelompok.


  3.Berapakan kadar upah yang dikenakan?

 Kadar upah yang dikenakan akan ditentukan oleh PPK atau PPN Jentera semasa peladang berurusan untuk mendapatkan khidmat.


  4.Apakah matlamat skim insentif pembajakan diwujudkan oleh kerajaan ?

 Ianya bagi membantu pesawah mengurangkan kos pengeluaran dalam tanaman padi iaitu melalui di mana kerajaan menanggung sebahagian daripada kos upah membajak.


  5.Berapakah kadar insentif pembajakan yang diterima oleh pesawah¬pesawah?

 Insentif ini adalah bagi menampung sebahagian daripada kos upah membajak yang dikenakan oleh tuan punya traktor. Kadarnya ialah RM100.00 per hektar.


  6.Siapakah yang layak menerima insentif pembajakan ini ?

 Insentif pembajakan ini layak diterima oleh pesawah dan pengusaha pesawah yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan.


  7.Apakah tujuan skim sewa pajak tanpa faedah diwujudkan oleh LPP ?

 Ianya bagi membantu Pertubuhan Peladang untuk mengembangkan aktiviti pemasaran dan pengangkutan hasil-hasil keluaran ahli dan Pertubuhan Peladang.


  8.Apakah syarat-syarat bagi memohon skim Sewa Pajak Tanpa Faedah (SSPTF) ?

 Pertubuhan Peladang yang berminat boleh memohon Skim ini tersebut dengan menyediakan kertas cadangan projek dan dipanjangkan ke LPP Negeri untuk pertimbangan selanjutnya.


 9.Apakah skop pembiayaan dibawah skim SSPTF ?

 Skopnya termasuklah pembelian jentera seperti jentera pengangkutan, jentera pertanian, serta projek-projek lepas tuai seperti pusat pengumpulan, penyimpanan dan lain-lain.


  10Apakah jenis-jenis jentera yang disediakan di bawah skim pemilikan jentera keeil dalam LPP?

 Jentera-jentera yang dibiayai di bawah skim pemilikan jentera kecil termasuklah traktor 2 roda, traktor 4 roda, "power sprayer/blower", jentera perincis makanan ternakan, pam, generator dan lain-lain.


Nama : Mohammad Faizzuddin bin Mohammad Baki
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : faizzuddini@lpp.gov.my



Dikemaskini pada: 05 Jul, 2020