Permohonan Menjadi Ahli PP

Permohonan Menjadi Ahli PP

Syarat-syarat Menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
  • Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau
  • Mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau
  • Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pertanian dan ternakan

 

Proses Untuk Menjadi Ahli PPK

1) Melalui Borang

Muat turun borang permohonan

- Mengunjungi PPK di kawasan anda

- Mendapatkan borang permohonan menjadi ahli

- Mengisi borang

- Mengemukakan borang kepada PPK

- Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan saham sebagaimana ditetapkan mengikut Perlembagaan PPK

- Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK

- Sijil atau kad keahlian dikeluarkan

- Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli

- Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada Pendaftar dalam masa 14 hari dan Pendaftar akan membuat keputusan muktamad.

 

2) Secara Atas Talian

- Sila layari www.pklik.lpp.gov.my



Dikemaskini pada: 18 Sep, 2020