Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Salam sejahtera kepada semua warga LPP.

1. PENGENALAN

Alhamdulillah marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita semua telah diberi nikmat melalui tahun baru 2017 dengan selamat dan sejahtera tanpa insiden yang menyayat hati.

Semoga ini sebagai isyarat untuk kita melalui tahun baru 2017 dengan lebih berjaya berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2017 kepada semua warga LPP kerana menjelangnya tahun baru banyak perkara yang kita boleh tauladani dan mengambil iktibar untuk dijadikan sandaran dalam gerak kerja kita sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat bahkan untuk organisasi LPP/PP yang kita kasihi.

Di kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kedatangan YBhg. Tan Sri dan para hadirin dalam Majlis Amanat Tahun Baru dan Apresiasi MAHA 2016 peringkat LPP. Ini bagi meraikan pengorbanan/ kecemerlangan anggota yang terlibat dalam menjayakan MAHA 2016. Semoga semangat ini dapat dikekalkan dalam semua program LPP/PP semasa dan akan datang.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga perkara yang kita lihat ada impak yang baik untuk diambilkira dalam melihat tahun baru 2017:

Saya melihat kesan dari beberapa kejayaan utama yang dicapai berpaksi kepada slogan yang telah saya utarakan (tagline) dulu iaitu:

Kejayaan-kejayaan utama yang dicapai oleh LPP dalam tahun 2016 - dari aspek fungsi pembangunan/ pendaftar/pengurusan yang dilaksanakan.

Perancangan utama LPP dalam tahun 2017 khususnya yang melibatkan Pelan Korporat dan 'Rolling Plan' ke-2.

Kaedah atau metodologi dalam melaksanakan perancangan 2017 agar lebih berjaya efektif dan efisen.

Saya melihat kesan dari beberapa kejayaan utama yang dicapai berpaksi kepada slogan yang telah saya utarakan (tagline) dulu iaitu:

 

"NAK JALAN LAJU-LAJU JALAN SORANG" (IF YOU WANT TO GO FAST GO ALONE) "NAK JALAN JAUH-JAUH JALAN RAMAI-RAMAI" (IF YOU WANT TO GO FAR, GO TOGETHER)

Bekerja dalam satu pasukan (TemaWork), "In the Spirit of Oneness".

Walaupun tidak dinafikan ada perancangan yang tidak menepati sasaran, KPI yang tidak dicapai sepenuhnya,kegagalan projek disebabkan masalah cuaca, namun kejayaan lebih mendominasi semua usaha di LPP/PP.

Di samping itu, sikap profesionalisma yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di kalangan warga LPP yang diukur bukan saja melalui hasil kerja yang berkualiti bahkan dalam masa yang ditetapkan telah memberi impak yang tinggi kepada pencapaian LPP/PP. Keberanian membuat perubahan 'mindset' untuk menerima pembaharuan dan melengkapkan diri dengan pengetahuan dankemahiran bagi meningkatkan kualiti kerja juga antara aspek yang diambil kira.

 

Perutusan Dan Amanat Tahun Baru 2017 Ketua Pengarah LPP.pdf



Dikemaskini pada: 18 Dec, 2017




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda