Kami beriltizam memberikan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti bagi mencapai wawasan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menjadi peneraju pembangunan Pertubuhan Peladang (PP) yang unggul dan cemerlang dengan melaksanakan misi membangunkan PP sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah ahli peladang komersial
 

  • Memberikan Keputusan Permohonan Pembiayaan Kumpulan Wang Pembiayaan Pertubuhan Peladang (K3P) Dalam Tempoh Dua Puluh Satu (21) Hari bekerja Bagi Permohonan Yang Lengkap Diterima.
  • Mengeluarkan Keputusan Pembiayaaan di Bawah Tabung Pinjaman Sewa Pajak Dalam Tempoh 1 Bulan
  • Mengeluarkan Keputusan Permohonan Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja
  • Mengeluarkan Surat Panggilan Kursus Bagi Anggota/Peladang Tidak Kurang 7 Hari Dari Tarikh Kursus Diadakan
  • Mengeluarkan Aduan dan Mengemukakan Maklumbalas Kepada Pengadu dalam Tempoh 14 Hari Bekerja
  • Mengemaskini Laman Web LPP Dalam Tempoh 3 Hari Bekerja Selepas Maklumat Diterima Daripada Penyedia Maklumat (content provider)
  • Menyediakan dan Mengemaskini Laporan Prestasi Kelulusan Projek Pembangunan Dalam Tempoh 5 Hari Bekerja Untuk Dibentangkan Di Dalam Mesyuarat Pengurusan LPP Ibu Pejabat
  • Mengeluarkan Surat Tawaran Jawatan (Kenaikan Pangkat) Dalam Tempoh 14 Hari Dari Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan LPP
  • Memastikan Bil dan Tuntutan Yang Lengkap Dibayar Tidak Lewat Dari Tempoh 14 Hari Dari Bil Yang Diterima
  • Mengemukakan Laporan Pemantauan Projek Kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan LPP Negeri Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja Selepas Lawatan
  • Memberi Keputusan Perundangan Ke Atas Semua Permohonan Yang lengkap Oleh Pertubuhan Peladang Berkaitan Dengan Kuasa Pendaftar Tidak Melebihi Tempoh 14 Hari Bekerja
  • Mengeluarkan Laporan Juruaudit Pendaftar dan Penyata Kewangan Dalam Tempoh 21 Hari Bekerja.

 



Dikemaskini pada: 18 Dec, 2017




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda