Pusat sumber boleh didefinisikan sebagai satu gedung atau pusat pengumpulan maklumat yang boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan secara berterusan sama ada secara maya atau fizikal.


Pertubuhan Peladang (PP) dalam memberi maklumat terkini dan berterusan kepada masyarakat peladang mewujudkan Pusat Sumber Sibertani, iaitu tempat yang membolehkan para peladang mendapatkan maklumat yang diperlukan melalui internet.

 

Objektif Pusat Sumber
Objektif penubuhan pusat sumber ini ialah :

  • Tempat penyelarasan dan penyatuan sumber-sumber maklumat yang dikumpulkan ke dalam satu pusat iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Tempat capaian internet di PP.
  • Menyenangkan pencarian sesuatu maklumat kerana maklumat telah dikumpulkan, disusun, ditapis dan maklumat boleh dicapai oleh pengguna.
  • Meningkatkan kualiti kerja para peladang melalui penggunaan maklumat yang diperolehi.
  • Membangunkan sistem aplikasi yang memudahkan pengemaskinian maklumat terkini tentang aktiviti peladang dan PP.

Tujuan Dijalankan
Penubuhan perkhidmatan capaian internet (Sibertani) di pejabat PP di seluruh negara adalah untuk:

  • Menyahut dan menghebah dasar kerajaan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai teknologi maklumat dan transformasi pertanian.
  • Memudahkan peladang mendapat maklumat terkini mengenai pertanian dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
  • Mendedahkan para peladang dan anak mereka dengan penggunaan komputer dan internet.
  • Membantu institusi peladang sebagai institusi sosio-ekonomi desa yang kaya dengan informasi dan melahirkan peladang muda dan peladang komersil yang celik dengan teknologi maklumat.

Pelaksanaan Sibertani
Pelaksanaan Pusat Sumber Sibertani di PP dilaksanakan melalui:

  • hanya PP yang terletak dalam kawasan yang mempunyai talian digital (ISDN) dipertimbangkan bagi melaksana Sibertani.
  • Sibertani akan dilaksanakan sebagai sebuah warung siber dan pengguna akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang tertentu.
  • Sibertani akan diusahakan secara usahasama di antara PP dengan beberapa orang peladang atau anak peladang yang mempunyai kelayakan dalam teknologi maklumat.
  • Pusat Sumber akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui kerjasama MOA Inc.

Maklumat Pasaran
Maklumat pasaran seperti harga, keperluan pasaran dan komoditi boleh didapati dipusat-pusat khidmat pasaran berikut:

  • Unit Pemasaran Bahagian Perniagaantani, Ibu Pejabat LPP
  • Unit Perniagaantani LPP Negeri
  • NAFAS
  • PPN
  • PPK
  • Depoh pengedaran peladang
  • Pusat pengumpulan hasil ladang
  • FAMA

Perkhidmatan yang disediakan
Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Sibertani ialah:

  • Melayari internet, kemudahan emel, e-dagang, e-forum bersama para peladang, ruang sembang, kemudahan untuk mencetak bahan maklumat, penyimpanan dokumen penting seperti geran tanah, surat beranak, sijil saham secara elektronik dan lain-lain.
  • Pengiklanan sewa pajak tanah, jual tanah, tawaran pajakan dusun, tawaran jualan ternakan hidup melalui laman-laman Taninet, Akis dan sebagainya.
  • Khidmat nasihat daripada pakar melalui Taninet dan Agrolink bagi maklumat, bantuan dan nasihat mengenai pertanian.

Pelaksanaan Perkhidmatan
Masa pengoperasian Sibertani tidak mengikut waktu pejabat tetapi mengikut masa penggunaan, sebagai contoh dari jam 9 pagi sehingga 11 malam. Ini bergantung kepada sesuatu tempat.

Faedah dan Kesan
Pelaksanaan Pusat Sumber Sibertani di semua PP memberi banyak faedah dan kesan kepada peladang, antaranya:

  • Para peladang boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah pertanian terkini, benih dan harga produk pertanian di pasaran.
  • Maklumat terkini yang dikemaskini daripada pentadbir laman boleh diperolehi dengan segera oleh peladang.
  • IT memudahkan peladang merancang dan mengusahakan pertanian bagi mencapai tahap pengeluaran lebih produktif serta menggalakkan transformasi pertanian.
  • Peladang boleh menghubungi anak mereka yang sedang belajar di dalam dan luar negeri dengan belanja yang termurah dan cepat.
  • Segala maklumat yang berkaitan dengan peladangg dapat dikumpulkan dan disatukan. Pembangunan sistem Maklumat Ahli Peladang yang bertujuan untuk menyimpan rekod akan memudahkan mereka menyemak status mereka di PP.
  • Pemantauan maklumat terkini dapat dijalankan dengan berkesan dan segala maklumat dapat diselaraskan dengan lebih cepat.
  • Melahirkan peladang-peladang yang kaya dengan maklumat dan mahir teknologi maklumat serta dapat mewujudkan masyarakat maya di dalam lingkungan komuniti peladang.

 

Penutup
Penubuhan Pusat Sumber Sibertani bukan sahaja dapat melahirkan peladang yang bermaklumat dan berwibawa dalam bidang pertanian, malah dapat menggerakkan dan menyatukan mereka untuk bergiat aktif dan mewajahbarukan bidang pertanian.



Dikemaskini pada: 18 Oct, 2017




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda