Rakyat digalak ceburi pertanian bandar

Rakyat digalak ceburi pertanian bandar

Rakyat digalak ceburi pertanian bandar

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan peruntukan RM10 juta di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) akan memanfaatkan 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program pertanian bandar. Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkaitan untuk menggerakkan lebih ramai menyertai program itu.

eliau berkata, golongan B40 terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) digalakkan menyertai program itu secara berkumpulan dengan mengusahakan tanaman jangka pendek terutama sayur-sayuran. “Saya berharap kejayaan yang dicapai Komuniti Perumahan Awam Perlis 2, Kampung Datuk Keramat ini akan menjadi pendorong kepada komuniti lain untuk menceburi perusahaan tanaman sayuran secara kecil-kecilan...bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tapi juga untuk dijual di pasar,” katanya.

Artikel penuh di https://www.sinarharian.com.my//



Kemaskini Terakhir: 16 Jun, 2020