w3c   Saiz Teks   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c
e-Aduan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Daftar Masuk
Tema Latarbelakang header-portal header-portal header-portal header-portal header-portal
header-portal
 
 
 

Pengembangan dan Khidmat Nasihat Pengembangan dan Khidmat Nasihat


Perkhidmatan pengembangan dan khidmat nasihat dalam bidang pertanian amat diperlukan bagi membantu para peladang menjayakan projek-projek pertanian ke arah mencapai taraf komersil. Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang (PP) dan boleh ditakrifkan sebagai usaha-usaha memindahkan teknologi terkini yang bersesuaian dalam bidang perladangan atau penternakan kepada peladang-peladang.

 

Tujuan Dijalankan
Antara tujuan perkhidmatan ini dijalankan ialah:

  • Meningkatkan daya saing peladang-peladang melalui penurunan kos pengeluaran.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan peladang bagi meninggikan hasil keluaran ladang.
 

Skop Pelaksanaan
Skop perkhidmatan pengembangan dan khidmat nasihat ini antaranya :

  • Menyalurkan khidmat nasihat teknikal daripada jabatan dan agensi teknikal Kerajaan atau swasta kepada peladang.
  • Memperkenalkan dan mempromosi teknologi kepada peladang dengan menganjurkan perjumpaan atau demonstrasi kaedah.
  • Menyelarskan dan mempromosikan struktur unit pengeluaran PP supaya menjadi lebih cekap dan berkeupayaan.
  • Mengaturkan latihan dan lawatan untuk peladang ke projek-projek contoh.

Dalam memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan perkhidmatan pengembangan dan khidmat nasihat ini, Pengurus Besar akan melaporkan kepada Pegawai Penyelaras peringkat daerah dan negeri mengenai isu dan masalah yang dihadapinya, keperluan dan pemindahan teknologi di dalam kawasan pengendaliannya. Isu dan masalah akan cuba diselesaikan di peringkat daerah dulu sebelum dirujuk ke peringkat negeri dan Ibu Pejabat LPP Kuala Lumpur. Semua isu dan masalah yang diterima berkenaan perkhidmatan tidak kira sama ada yang telah diselesaikan ataupun tidak di peringkat negeri, perlu dilaporkan kepada Ketua Pengarah LPP melalui Pegawai Penyelaras perkhidmatan berkaitan di Ibu Pejabat.

 

Jenis Perkhidmatan
Pelaksanaan perkhidmatan ini dibuat melalui:

  • Pengurus Besar dan Pengurus Bahagian di PP berperanan sebagai perunding. Jika memerlukan rujukan dan perundingan yang lebih teknikal, Pengurus Besar perlu menghubungi dan melibatkan pegawai daripada jabatan/agensi berkaitan untuk memberi bimbingan dan nasihat.
  • Bagi khidmat menggunakan teknologi atau input dari pihak swasta, eksekutif dari syarikat berkenaan boleh dipanggil oleh PP untuk menjalankan demonstrasi kaedah atau syarikat berkenaan boleh menjemput peladang berminat untuk melawat atau berkursus di premis atau ladang kepunyaan syarikat tersebut atau ladang lain yang menggunakan teknologi atau input yang hendak dipromosi.
  • Pegawai penyelaras perkhidmatan berkaitan bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan perkhidmatan pengembangan dan khidmat nasihat di PP. Beliau juga bertanggungjawab dari segi keperluan, isu dan masalah dalam proses pemindahan teknologi kepada peladang. Pegawai penyelaras perkhidmatan berkaitan di Ibu Pejabat berperanan untuk membuat rujukan kepada jabatan dan agensi yang dapat menyalurkan bantuan dan khidmat nasihat yang berkesan dengan menggunakan saluran yang betul.
  • Pengarah LPP Negeri bertanggungjawab untuk membantu Pegawai Penyelaras Perkhidmatan di peringkat negeri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit/timbul.
 

Faedah dan Impak
Antara faedah dan impak dari pelaksanaan perkhidmatan ini ialah:

  • Pendapatan peladang dan pengeluaran bahan makanan dalam negara meningkat.
  • Ilmu pengetahuan peladang bertambah dan meningkatkan daya saing mereka.
  • Bidang pertanian dapat diusahakan oleh peladang secara intensif dan berskala komersil.
 
Penutup
Kejayaan dan kegemilangan sektor pertanian memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua jabatan dan agensi teknikal di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Justeru itu, setiap anggota hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat memberi khidmat pengembangan dan nasihat yang berkesan bagi menggembleng peladang untuk berubah daripada menggunakan sistem pertanian secara tradisional kepada sistem perladangan secara komersil yang menggunakan teknologi terkini.