w3c   Saiz Teks   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c
e-Aduan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Daftar Masuk
Tema Latarbelakang header-portal header-portal header-portal header-portal header-portal
header-portal
 
 
 

Infrastruktur Ladang Infrastruktur Ladang

Infrastruktur ladang adalah antara faktor penting dan penentu kejayaan sesuatu projek yang diusahakan, tanpa kemudahan ini projek kurang berdaya maju dan akhirnya mengalami kegagalan.

Pertubuhan Peladang (PP) dalam menggerak dan memastikan projek yang diusahakan oleh peladang berjaya dan mengeluarkan hasil yang optimum akan menyedia dan menyelaras perkhidmatan infrastruktur ladang dengan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Swasta.
 
Tujuan Dijalankan
Perkhidmatan infrastruktur ladang diwujudkan adalah untuk memulihkan ladang-ladang yang terbiar serta meningkatkan pengeluaran ladang yang sedia ada.
 
Skop dan Cara Pelaksanaan
Skop perkhidmatan bagi infrastruktur ladang ini ialah:
  • Pengairan
  • Perparitan
  • Jalan Ladang
  • Merata tanah
  • Struktur ladang – reban, sangkar, rumah grading, stor, pagar
  • Peralatan ladang.
 
Cara Pelaksanaan
Pelaksanaan perkhidmatan ini dibuat melalui tiga peringkat iaitu :
  • Peringkat Ibu Pejabat LPP
    • Menyelaras pengumpulan maklumat daripada LPP Negeri untuk perancangan dan pemantauan.
    • Mengatasi masalah berkaitan dengan penyaluran perkhidmatan.
    • Menyelaras perkhidmatan dengan jabatan/agensi yang menyedia bantuan.
  • Peringkat LPP Negeri
    • Menyelaras dan menyusun maklumat mengenai keperluan, isu dan masalah dari projek PP
    • Menyelaras dengan jabatan / agensi yang menyediakan bantuan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
  • Peringkat Daerah/PP
    • Mendapatkan maklumat mengenai keperluan, isu dan masalah di projek.
    • Menyelaraskan perkhidmatan melalui unit-unit peladang dan kumpulan pengeluar.
    • Membawa isu dan masalah ke mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah atau pegawai penyelarasan peringkat negeri untuk penyelarasan.

Isu dan masalah yang melibatkan peladang dimaklumkan kepada jabatan / agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tindakan lanjut.

 
Jenis Perkhidmatan
Antara jenis perkhidmatan infrastruktur ladang yang disediakan adalah pembinaan atau pembaikan jalan ladang, peparitan, sistem pengairan dan pembentungan serta struktur ladang seperti reban, pusat pungutan, jambatan dan tube well. Pelaksanaan perkhidmatan ini adalah untuk projek sedia ada di PP, sama ada yang dijalankan secara korporat, kelompok dan projek-projek peladang.
 
Faedah dan Impak
Antara faedah dan impak dari pelaksanaan perkhidmatan ini ialah:
  • Peladang mempunyai daya saing yang tinggi dalam pengeluaran makanan.
  • Ladang-ladang diuruskan dengan cekap dan berkesan.
  • Pengeluaran hasil ladang dapat ditingkatkan ke tahap optimum.
 
Penutup
Perkhidmatan yang diberikan ini akan menjadi sumber inspirasi kepada PP dan peladang untuk melaksanakan projek-projek pengeluaran makanan berskala besar yang menyumbang ke arah peningkatan pengeluaran makan untuk keperluan negara dan eksport.