w3c   Saiz Teks   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c
e-Aduan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Daftar Masuk
Tema Latarbelakang header-portal header-portal header-portal header-portal header-portal
header-portal
 
 
 

Teknologi Memproses Makanan Teknologi Memproses Makanan

Pengeluaran makanan negara menjadi agenda penting Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pertubuhan Peladang (PP) terlibat secara langsung dalam mempastikan bekalan makanan mencukupi untuk memenuhi keperluan negara dan eksport.

Dalam mencapai hasrat ini, perkhidmatan teknologi pemprosesan makanan menjadi salah satu perkhidmatan utama PP kepada masyarakat. Tujuan perkhidmatan ini dilaksanakan ialah :

  • Memenuhi keperluan pengeluaran makanan negara dan eksport
  • Memberi nilai tambah kepada hasil pertanian yang dikeluarkan oleh peladang-peladang untuk memenuhi keperluan semasa.
  • Memberi pendapatan tambahan kepada peladang.
 
Skop Perkhidmatan
Skop perkhidmatan yang ditawarkan ialah seperti berikut:
  • Meningkatkan nilai kualiti produk sediada melalui khidmat pengurusan, khidmat teknikal dan khidmat kewangan.
  • Membangunkan produk baru melalui mempelbagaikan produk makanan, mempromosikan hasil produk, pemindahan teknologi kepada peladang dan menghasilkan produk sampingan daripada sisa pemprosesan.
 
Jenis-Jenis Perkhidmatan
Meningkatkan nilai pengeluaran dan kualiti produk sedia ada melalui khidmat-khidmat berikut:
  • Khidmat Pengurusan
    • Khidmat nasihat dari segi dayamaju projek.
    • Penyelarasan dengan pengeluar bahan-bahan mentah dari segi bekalan dan kualiti.
    • Khidmat berkaitan pengurusan pusat memproses.
    • Khidmat meningkatkan kualiti dan keselamatan makanan.
    • Khidmat mempromosi produk.
  • Khidmat Teknikal
    • Khidmat dari aspek pembinaan bangunan, pembekalan mesin/peralatan, kawalan pencemaran dan lain-lain.
    • Penyelarasan bagi pemindahan teknologi dengan jabatan/agensi kerajaan.
    • Perancangan serta penyelarasan untuk menghasilkan produk nilai tambah.
  • Khidmat Kewangan
    • Khidmat nasihat dari aspek pengurusan kewangan, rekod, akaun dan lain-lain.
    • Penyelarasan dengan institusi kewangan/agensi berkaitan pembiayaan projek.
    • Penyelarasan projek usahasama dengan PP atau syarikat swasta.
  • Membangunkan Produk-produk Baru
    • Mempelbagaikan produk makanan
    • Mempromosi hasil produk
    • Pemindahan teknologi kepada peladang
    • Menghasilkan produk sampingan daripada sisa-sisa pemprosesan
 
Pelaksanaan Perkhidmatan
Pegawai penyelaras ibu pejabat, negeri dan kawasan akan melaksana dan menyelaras setiap skop perkhidmatan teknologi pemprosesan makanan dengan bantuan dan kerjasama dari jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
 
Faedah dan Impak
Antara faedah dan impak dari pelaksanaan perkhidmatan ini ialah:
  • Meningkatkan nilai tambah bagi setiap produk yang dihasilkan oleh PP dan peladang
  • Meluaskan jumlah pasaran hasil keluaran PP dan peladang
  • Mengurangkan pembaziran akibat daripada lebihan bekalan
  • Memperluaskan skop kegiatan PP dan peladang.
 
Penutup
Perkhidmatan yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu dan menggerakkan para peladang dan usahawan peladang menjalankan kegiatan ekonomi dengan lebih giat dan yakin lagi terutama dalam memproses makanan.