PINJAMAN PENDIDIKAN YPP
Pinjaman Pendidikan mula dilaksanakan pada tahun 2000. Ianya dikhususkan kepada ahli-ahli PPK yang anaknya mendapat tawaran belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kaedah perlaksanaannya adalah melalui PPN. Kadar pinjaman ditetapkan sebanyak RM1,000 dan pembayaran balik dibuat secara ansuran dalam masa setahun.
Permohonan dibuat melalui borang yang disediakan dan dijamin oleh seorang ahli PPK. Peminjam juga dikehendaki menandatangani borang perjanjian.
[Muat Turun Borang 1] [Muat Turun Borang 2]
GARIS PANDUAN PINJAMAN PENDIDIKAN
YAYASAN PELAJARAN PELADANG (YPP)
1. OBJEKTIF
| | 1.1 | Meringankan beban kewangan kepada ahli-ahli yang memerlukan dan mempunyai anak yang memasuki INSTITUSI Pengajian Tinggi Awam (IPTA). |
| | 1.2 | Mengelakkan anak-anak ahli yang mendapat tawaran di IPTA menolak tawaran tersebut kerana tidak mampu membayar yuran yang telah ditetapkan. |
| | 1.3 | Sebagai alternatif kepada ahli-ahli peladang untuk mendapatkan pinjaman pendidikan untuk anak-anak selain skim pinjaman yang telah sedia ada. |
2.KEUTAMAAN KURSUS
Kursus-kursus yang diberi keutamaan ialah:
- Pengurusan Perniagaan atau Pentadbiran (Sumber Manusia, Pemasaran, Kewangan dan Ekonomi)
- Komunikasi Massa.
- Teknologi Maklumat.
- Kejuruteraan Elektrikal, Elektronik atau Mekanikal.
- Perakaunan.
- Sains Pertanian, Perikanan dan Kedoktoran Haiwan.
- Pengajian Sains Sosial.
3.SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
| | 3.1 | Ibubapa/Penjaga yang sah dan telah menjadi ahli kepada Pertubuhan Peladang Kawasan sekurang-kurangnya satu tahun dari tamat tarikh permohonan bagi satu-satu tahun berkenaan. |
| | 3.2 | Pelajar telah ditawar dan menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPTA |
| | 3.3 | Jika bilangan permohonan melebihi bilangan yang ditawarkan, keutamaan diberi kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat di para 3.1 dan 3.2 disamping datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah berbanding dengan permohonan-permohonan lain yang juga berkelayakan. |
| | 3.4 | Mematuhi segala syarat dalam perjanjian pinjaman yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Pelajaran Peladang. |
4. PERUNTUKAN YANG TERLIBAT DAN KAEDAH PENGAGIHAN
Pinjaman yang diberikan kepada peminjam yang layak adalah sebanyak RM 1,000.00 (Seribu Ringgit) tiap-tiap seorang. Pembahagian dibuat mengikut PPN. Semua peminjam dikehendakki membayar balik pinjaman secara ansuran bulanan serta tambahan RM50.00 sebagai caj perkhidmatan.
5.CARA MEMOHON, MEMPROSES, MEMBERI KELULUSAN DAN RAYUAN SERTA BAYARAN BALIK PINJAMAN.
| | 5.1 | Permohonan hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga pelajar dengan mengisi borang yang telah ditetapkan, serta mendapat pengesahan daripada Pengurus Besar PPK. Borang permohonan (seperti di lampiran) yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pengurus Besar PPN untuk proses selanjutnya. |
| | 5.2 | Pengurus Besar PPN adalah diberi kuasa untuk melulus/menolak permohonan. |
| | 5.3 | Dalam memproses permohonan, PPN hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Kelulusan yang terdiri daripada Pengurus Besar sebagai Pengerusi serta Pengurus Khidmat Sosial dan Pengurus Akaun sebagai ahli. |
| | 5.4 | Apabila permohonan telah diluluskan, PPN dikehendaki mengeluarkan wang pendahuluan pinjaman. |
| | 5.5 | Seterusnya, borang pinjaman dan salinan baucer bayaran hendaklah dikemukakan kepada Yayasan Pelajaran Peladang untuk pembayaran semula wang yang telah didahulukan. Pembayaran semula ini hanya akan dibuat jika syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi sebagaimana dikehendaki. |
| | 5.6 | Bayaran balik pinjaman daripada peminjam boleh dibuat dalam bentuk Cek atau kiriman wang pos kepada YAYASAN PELAJARAN PELADANG. Sila tulis “Pinjaman Pendidikan” dibelakang cek/kiriman wang pos. |
| | 5.7 | Segala pertikaian mengenai permohonan yang ditolak, bolehlah mengemukakan rayuan kepada Pengurus Eksekutif Yayasan Pelajaran Peladang. Sebarang keputusan adalah muktamad. |
6. PERJANJIAN
Bagi pinjaman yang diluluskan, perjanjian hendaklah ditandatangani di antara peminjam iaitu ibubapa/penjaga yang sah kepada pelajar dengan Yayasan Pelajaran Peladang dengan seorang penjamin yang juga terdiri daripada ahli PPK yang sama di mana peminjam menjadi ahli berdasarkan borang perjanjian yang disertakan bersama-sama ini.