|
|
|
MATLAMAT KORPORAT ( 2006 – 2010 ) MATLAMAT UMUM | - PP sebagai Institusi berdayamaju dalam bidang perkhidmatan sokongan pertanian
- Pewujudan peladang komersil yang berdayamaju dan memberi sumbangan kepada sektor pertanian selaras dengan matlamat transformasi pertanian melalui pergerakan PP; dan
- Pembangunan dan pengukuhan rangkaian aktiviti–aktiviti PP.
| MATLAMAT KHUSUS | - Pengukuhan kedudukan kewangan PP sebagai badan perniagaan peladang;
- Pengukuhan perkhidmatan sokongan strategik PP dalam aktiviti – aktiviti kejenteraan ladang, pengangkutan dan kemudahan asas infrastruktur ke arah pertanian moden;
- Peningkatan dan penglibatan PP dalam aktiviti – aktiviti strategik seperti pengeluaran benih, pembangunan industri asas tani dan pasaran eksport;
- Pembangunan dan penglibatan ahli PP dalam pengeluaran, pemasaran dan pemprosesan hasil – hasil pertanian;
- Pewujudan 10,000 usahawan peladang sebagai pemangkin kepada program pemodenan dan transformasi sektor pertanian;
- Pengurusan dan pembangunan modal insan LPP dan PP;
- Pengukuhan rangkaian aktiviti pembekalan, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran PP secara bersepadu; dan
- Pembangunan sistem teknologi maklumat ke arah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian (delivery system) di LPP dan PP.
| FALSAFAH PENGURUSAN PERTUBUHAN PELADANG | - Pertubuhan Peladang adalah sebuah badan pergerakan peladang yang berwibawa berasaskan kepada prinsip – prinsip koperasi berperanan untuk menggembleng peladang – peladang dan sumber – sumber pengeluaran;
- Pertubuhan Peladang sebagai penyedia perkhidmatan sokongan pertanian secara bersepadu untuk membangunkan ekonomi, kebajikan dan sosial ahli – ahli dan unit ahli Peladang; dan
- Pertubuhan Peladang sebagai sebuah badan perniagaan yang berorientasikan keuntungan dan memberikan pulangan kepada ahli.
|
|
|