|
AMANAT TAHUN BARU KETUA PENGARAH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TAHUN 2011 |
 |
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA |
Terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan inayah-Nya kita masih diberi kesihatan dan kesejahteraan untuk melangkah ke tahun baru ini. Dikesempatan bermulanya tahun 2011, saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga kerja Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang (PP) semoga kita terus menanam semangat dan keazaman untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat peladang khususnya mereka yang berada di luar bandar. Apabila tiba tahun baru, lazimnya kita menilai pencapaian yang lepas serta merancang strategi dan program baru untuk dilaksanakan. Bagaimanapun, kita jangan sama sekali lupa akan azam atau matlamat tahun 2010 yang masih belum tertunai. Dengan itu, cabaran pertama tahun 2011 ialah menunaikan tuntutan azam yang belum kesampaian selain memenuhi azam baru yang pastinya telah mengambilkira perkembangan dan cabaran semasa.
Peranan Pendaftar akan terus dimantapkan. Tugas penyeliaan pengurusan dan pengawalan perjalanan PP akan lebih diberi tumpuan ke arah mewujudkan PP yang lebih berkesan dan cekap melalui pelaksanaan audit pengurusan, pelaksanaan proses timbangtara yang tersusun dan berterusan, mempastikan dalam pematuhan peraturan dan undang-undang serta melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan penguatkuasaan.
Pengurusan dokumentasi kewangan PP akan dipantau dan memastikan ianya dilaksanakan sebaik mungkin sejajar dengan kos, kewangan dan perakaunan PP yang ditetapkan. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara bersepadu ke arah menghasilkan teguran audit sifar di semua PP menjelang akhir RMK-10.
|
Paparan : 9190
Terakhir Dikemaskini : 25 Februari 2011