Teks Suara Dengar teks Saiz Tulisan Besarkan Tulisan Set Semula Tulisan Kecilkan Tulisan Skema Warna Tema Biru Tema Hitam Tema Coklat Tema Asal Tema Latar Belakang bg 3 Bg 2 Bg 1
img
 
 
English |  Bahasa Melayu | Lain
 
Carian Kandungan Jurnal - Suai Rasa - Konfigurasi
 
Bahagian Audit Pertubuhan dan Penguatkuasaan
Visi
Menjadi Penyumbang Utama Ke Arah Tadbir Urus Pertubuhan Peladang Yang Berkualiti dan Berintegriti
 
Misi
Melaksanakan Pengauditan Secara Telus Dan Bebas Serta Menguatkuasakan Undang-Undang Secara Konsisten Terhadap Pertubuhan Peladang
 
Motto
Cekap, Tepat dan Adil
 
Objektif Umum
  • Mengeluarkan Laporan Audit Yang Tepat, Bebas dan Berkesan
  • Meningkatkan Keberkesanan Penguatkuasaan dan mengurangkan Ketidakpatuhan Undang-Undang Oleh Pertubuhan Peladang
 
Objektif Khusus
  • Menguatkuasakan Pematuhan Undang-Undang Kepada Pertubuhan Peladang Di Bawah Peruntukan Akta PP 1973 (Akta 109) dan Peraturan- Peraturan Dibawahnya.
  • Melaksanakan Audit Berkanun di Bawah Seksyen 24 Akta PP 1973 (Akta 109) Mengikut Standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
  • Melaksanakan Audit Pengurusan Di BAwah Seksyen 19(a), Akta PP 1973 (AKTA 109) Dengan Cekap Dan Berkesan.
  • Melaksanakan Siasatan dan Penguatkuasaan Di Bawah Seksyen 19, Akta PP (Akta 109) Secara Telus Dan Adil.
 
Objektif Kualiti
Pengurusan menetapkan objektif kualiti mengikut keperluan atau perancangan strategik LPP keseluruhan. Objektif-objektif kualiti melibatkan peringkat proses kerja iaitu di Cawangan Audit Pertubuhan LPP Negeri dan Cawangan Audit Pertubuhan LPP Ibu Pejabat seperti berikut:

    Cawangan Audit Pertubuhan LPP Negeri

  1. Menjalankan audit interim dalam tempoh 14 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang
  2. Menjalankan audit akhir dalam tempoh 14 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang.
  3. Menyediakan kertas kerja audit dalam tempoh 21 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan 30 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang Negeri.
  4. Menyemak dan memperaku kertas kerja audit dalam tempoh 7 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang untuk dikemukakan ke Bahagian Audit Pertubuhan dan Penguatkuasaan LPP Ibu Pejabat.
  5. Mengeluarkan laporan pemerhatian audit kepada pengurusan Pertubuhan Peladang dalam tempoh 7 hari daripada tarikh selesai semakan kertas kerja.

    Bahagian Audit Pertubuhan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat/Cawangan Audit Pertubuhan Negeri Sabah.

  1. Mengeluarkan Laporan Juruaudit Pendaftar kepada Pertubuhan Peladang dalam tempoh 21 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang.
  2. Mengeluarkan sijil kelulusan Pendaftar bagi Penyata Kewangan Beraudit yang telah diperakukan oleh Jemaah Pengarah dalam tempoh 3 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang.
 
Piagam Pelanggan
  1. Menjalankan pemeriksaan, penyiasatan dan mengeluarkan laporan ke atas kes-kes bagi siasatan awal dalam tempoh 14 hari bekerja.
  2. Menjalankan pemeriksaan, penyiasatan dan mengeluarkan laporan ke atas kes-kes dibawah Seksyen 19(b), Akta PP 1973 (Akta 109) dalam tempoh 21 hari bekerja.
  3. Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan audit pengurusan dan membentangkan segala penemuan dalam tempoh 35 hari bekerja bagi tujuan penambahbaikan pengurusan Pertubuhan Peladang.
  4. Mengeluarkan Laporan Juruaudit Pendaftar bagi setiap Pertubuhan Peladang dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh kertas kerja audit diterima daripada LPP Negeri.
  5. Mengeluarkan sijil kelulusan Pendaftar bagi Penyata Kewangan Beraudit yang telah diperakukan oleh Jemaah Pengarah dalam tempoh 3 hari bekerja bagi setiap Pertubuhan Peladang.
 
CAWANGAN AUDIT PENGURUSAN

Ketua Pengarah LPP, selaku Pendaftar PP bertanggungjawab melaksanakan tugas pengauditan berkanun ke atas Penyata Kewangan PP mengikut Peruntukan Seksyen 24 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Cawangan Audit Pertubuhan bertanggungjawab melaksanakan pengauditan berkanun melalui prosedur standard dan menepati piawaian Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 daripada SIRIM QAS sejak tahun 2002

    FUNGSI :

  1. Menjalankan perkhidmatan audit berkanun (Audit Kewangan) dan mengeluarkan Laporan Juruaudit ke atas Penyata Kewangan dan akaun-akaun Pertubuhan peladang (PP) tertakluk kepada kuasa di bawah peruntukan Seksyen 24 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
  2. Mengeluarkan Sijil Kelulusan ke atas penyata kewangan PP mengikut Peruntukan Peraturan 67(10), Peraturan-peraturan PP (Pindaan) 2008 untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PP
  3. Mengeluarkan sijil kelulusan mengaudit oleh Pendaftar kepada firma Juruaudit swasta bagi menjalankan kuasa mengaudit ke atas Akaun- akaun mengikut syarat-syarat dan peruntukan yang ditetapkan dalam undang-undang.
  4. Merancang dan memantau kemajuan kerja audit berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
  5. Memantau prestasi kutipan yuran audit

PENCAPAIAN PENGAUDITAN PP DARI TAHUN KEWANGAN 2006 – 2 010

KATEGORI                         TAHUN KEWANGAN

 

JURU AUDIT PENDAFTAR

JURU AUDIT SWASTA

2006      2007      2008      2009      2010

235          231        231        232       241

 

 22            27          27          26          21

JUMLAH KESELURUHAN

257         258         258        258        262

 

Halaman: 1  2  

Paparan : 1989
Terakhir Dikemaskini : 09 April 2012