KUALA LUMPUR – Selepas empat dekad beroperasi, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bakal menuju era gemilang pada 2012, apabila agensi itu berpindah ke bangunan baru bernilai RM45 juta awal tahun depan, kata Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan.
BESUT 28 Nov. - Kejadian sebuah empangan kecil yang digunakan penduduk untuk mengairi sawah padi di Kampung Durian Telur dekat sini yang pecah Khamis lalu membimbangkan kira-kira 60 petani di kawasan itu.
TUMPAT 27 Nov. - Ketika orang lain sibuk menyelamatkan harta benda daripada dihanyutkan arus deras musim banjir, kelihatan kelibat seorang warga emas bersama beberapa penduduk sedang sibuk memindahkan ratusan ekor ayam ke tempat selamat di Kampung Kuala Jambut di sini.
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menubuhkan Bank Peladang supaya simpanan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dapat diselaraskan, sekali gus menjadikan pertubuhan peladang seluruh negara lebih kukuh dari segi kewangan.
Bajet Malaysia 2012 telah diumumkan pada 7 Oktober 2011 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat Malaysia. Pelan-pelan baru dan peruntukan bajet telah disediakan pada semua peringkat dan sektor pertanian tidak dilupakan.