w3c   Saiz Teks   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c
e-Aduan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Daftar Masuk
Tema Latarbelakang header-portal header-portal header-portal header-portal header-portal
header-portal
 
 
 

IPP Langkawi IPP Langkawi

 

image
 
Latarbelakang
IPP Langkawi terletak di Pulau Langkawi. Ia dibangunkan di kawasan seluas 2.25 ekar dan dihubungkan dengan jalan raya ke kawasan-kawasan strategik seperti lapangan terbang, kawasan pelancongan sekitarnya, kampung buku, pusat kebudayaan, jeti, pusat membeli belah dan pusat menjamu selera.
 
Matlamat IPP
Ditubuh untuk melahirkan golongan pemimpin, pegawai dan peladang yang mahir dan terlatih dalam pelbagai sektor perladangan khususnya pengurusan, selaras dengan kehendak dan perubahan semasa.  Ianya diharap dapat menjadi pendorong, penggerak, gedung ilmu dan saluran pertukaran maklumat yang berkesan dalam usaha meningkatkan dan memajukan taraf ahli-ahli pertubuhan peladang khasnya dan peladang amnya.
 
Strategi Pengurusan IPP
  • Menyediakan latihan pengurusan secara berkala dan sepenuh masa untuk para peladang dan ahli lembaga pertubuhan peladang.
  • Menganjurkan seminar, forum dan kursus berkaitan sektor perladangan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menyediakan kemudahan penginapan untuk orang perseorangan, kumpulan dan syarikat pada kadar sewa yang berpatutan.Kemudahan tersebut mencakupi semua kemudahan yang terdapat di IPP.Bilik Mesyuarat
 
Kemudahan Yang Disediakan
  • Bangunan IPP setinggi 7 tingkat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini
  • Ruang legar yang luas dan selesa.
  • Dewan persidangan atau dewan seminar yang boleh menempatkan kira-kira 250 orang dalam satu masa.
  • 5 bilik bengkel untuk kemudahan 150 peserta. ( 1 bilik untuk 30 peserta)
  • Makmal siber dengan 16 terminal komputer dan dilengkapi dengan kemudahan internet.
  • 8 jenis bilik penginapan yang boleh menempatkan sejumlah 230 orang dengan kadar sewa yang berpatutan.
  • 2 buah kafetaria.
  • Pusat riadah untuk tetamu.
 
image
Bilik Mesyuarat
image
Bilik Bengkel
image
Dewan Persidangan
     
image
Makmal Siber
image
Kafetaria
image
Bilik Dua Katil (Deluxe)
     
image
Domitori
image
Ruang Legar/Lobby
image
Bilik Eksklusif
 
Keistimewaan IPP Sebagai Pusat Persidangan Dan Penginapan
  • Terletak di Pulau Langkawi, pulau lagenda yang merupakan tumpuan pelancongan di dalam dan luar negara.
  • Kedudukannya di pusat bandar Kuah dan berdekatan dengan jeti, taman rekreasi, masjid dan pusat menjamu selera.
  • Kelengkapan persidangan dan penginapan terkini di dalam dan luar bangunan IPP.
  • Kadar sewa yang berpatutan untuk penginapan, persidangan dan seminar.
  • Sedia menanti anda ialah kakitangan IPP yang cekap lagi ramah mesra.
 
  Susunan Tempat Duduk
Tempat 'Dining' 'Classroom' 'Theatre' 'U Shape' Boardroom
Dewan Seminar 160 144 260 30 30
Bilik Bengkel 1 40 24 48 12 12
Bilik Bengkel 2 40 24 48 12 12
Bilik Bengkel 3 40 24 48 12 12
Bilik Bengkel 4 40 24 48 12 12
Bilik Bengkel 5 40 24 48 12 12
Bilik Bengkel 1 & 2 80 54 108 30 30
 
    Bilangan Katil/Bilik Jumlah
Kategori Bilik Bil. Bilik 'Single' 'Double' 'Single' 'Double'
VIP 2 - 1 - 2
Executive 2 - 1 - 2
Superior Family (B) 2 1 1 2 2
Superior Family (A) 6 2 1 12 6
Family 10 1 1 10 10
Deluxe 12 - 1 - 12
Superior 75 2 - 150 -
Dormitory 2 12 - 24 -
Jumlah: 111 - - 198 34
Total of Single and Double Bed 232
 

Untuk tempahan sila hubungi :
Institut Pengurusan Peladang Langkawi
Lot 571, Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah,
Langkawi,
Kedah Darul Aman.
Tel:04-9668590 Fax:04-9668591