w3c   Saiz Teks   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c   w3c
e-Aduan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Daftar Masuk
Tema Latarbelakang header-portal header-portal header-portal header-portal header-portal
header-portal
 
 
 

IPP Machang IPP Machang

 

image
 
Latarbelakang
IPP Machang merupakan sebuah pusat latihan dan penginapan yang selesa, terletak di pinggir jalan utama ke Kota Bharu dari Pantai Barat ataupun Pantai Timur Semenanjung. Di IPP Machang, kami menggabungkan kemudahan latihan dan penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda dengan kadar yang cukup istimewa.

Bagi anda yang berminat untuk menganjurkan apa jua program yang berbentuk kursus atau motivasi, kami mempunyai kemudahan seperti dewan seminar, padang riadah, dewan makan, asrama, rumah urusetia dan pelbagai kemudahan lain bagi menganjurkan pelbagai program yang boleh meningkatkan pengetahuan dikalangan mansyarakat.

Untuk anda yang memerlukan tempat penginapan pula, kami mempunyai lima buah asrama dan lima buah chalet dengan kemudahan yang serba lengkap. Bagi menambahkan lagi keriangan, kami sedia mengatur lawatan untuk anda ke tempat-tempat menarik seperti Kota Bharu, Rantau Panjang ataupun berkelah serta mengikuti aktiviti lasak di Bukit Keluang dan Bukit Bakar. Setiap kemudahan dan aktiviti yang kami sediakan hanyalah untuk kepuasan dan keselasaan anda. Oleh sebab itulah Peladang Ins Machang menjadi destinasi pilihan ramai.
 
Aktiviti
Dengan pelbagai kemudahan serta lokasinya yang menarik, IPP Machang merupakan sebuah tempat yang cukup sesuai untuk mengadakan apa jua aktiviti yang menarik seperti meraikan Majlis Hari Keluarga, Kursus Motivasi, kursus-kursus berbentuk ilmiah, seminar dan lain-lain.

Kepada yang datang secara berkumpulan, anda bolehlah mengatur program untuk beriadah di padang atau berjoging di tepian kolam-kolam ikan disekitar kawasan kami. Hayatilah suasana pagi yang tenang lagi mendamaikan. Bagi memenuhi aktiviti di malam hari, kami boleh mengaturkan persiapan santapan BBQ untuk anda. Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak pula, kami sedia membawa anda merentasi hutan di Bukit Bakar dan Bukit Keluang.

Selain itu pihak kami juga ada menganjurkan kursus-kursus untuk para pelajar dan masyarakat seperti Summer Camp Anak Peladang, Motivasi Pelajar, Pengurusan Kewangan Koperasi serta Pengurusan Projek.
 
Peta Lokasi
peta lokasi
 
Kemudahan Yang Disediakan
Kami menyediakan pelbagai kemudahan demi keselesaan pengunjung, antaranya termasuklah:
  • Dewan Seminar
    Balai Mawar dan Balai Melor, dilengkapi dengan alat audio visual yang boleh memuatkan seramai 250 orang peserta, sesuai untuk mengadakan seminar/kursus.
  • Rumah Urusetia
    Dua buah rumah khas iaitu Rumah Sentosa dan Rumah Sejahtera yang berhawa dingin, dilengkapi dengan peti sejuk, TV, mesin basuh, ruang rehat dan kemudahan-kemudahan lain.
  • Chalet
    Lima buah chalet yang dilengkapi dengan kemudahan mesin basuh, peti sejuk, TV, almari dan lain-lain sesuai untuk anda yang datang untuk menginap bersama keluarga atau kawan-kawan.
  • Asrama
    Terdapat lima buah asrama berbentuk bilik berhawa dingin yang luas lagi selesa di lokasi berasingan, mampu menampung seramai 220 orang pada satu-satu masa amat sesuai untuk anda yang berkunjung dalam satu kumpulan besar seperti lawatan/kursus.
  • Surau
    Khas untuk pengunjung yang beragama Islam dengan kapasiti 150 orang sesuai untuk program Qiamulai
  • Pondok LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
    Beberapa buah pondok LDK dengan kipas dan lampu membolehkan program dijalankan pada waktu siang ataupun malam. Kemudahan-kemudahan seperti 'white board', 'marker pen', 'walkie talkie' dan lain-lain juga turut disediakan untuk melancarkan program anda.
  • Ruang Rehat
    Tempat para pengunjung berehat sambil berbual, membaca buku atau menonton TV.
  • Ruang menunggu VIP
    Bilik bagi para tetamu kehormat berehat sebelum menyempurnakan sesuatu majlis.
  • Pondok BBQ
    Pondok bagi para tetamukehormat berehat sebelum menyempurnakan sesuatu majlis.

Kemudahan lain
Pihak kami juga turut menyediakan perkhidmatan mendobi pakaian, urut tradisional, kereta sewa pandu sendiri, dan sedia mengatur lawatan anda untuk ke tempat-tempat membeli -belah sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.

 
Untuk Keterangan Lanjut Sila hubungi :
IPP Machang
No. 37, Jalan Kuala Krai,
Bukit Belah Labok,
13500 Machang.
Tel : 09-975 2340
Fax : 09-975 194