| |
Carta Organisasi [pdf,219 KB] |
| |
| Piagam Pelanggan [pdf,262.0KB] |
| |
Kami berazam memberikan perkhidmatan yang cekap bagi menghasilkan kerja yang berkualiti dengan; - Memberi keputusan dalam tempoh satu (1) bulan ke atas setiap permohonan peruntukan dan pembiayaan oleh PP yang dikemukakan dengan kertaskerja lengkap
- Membekal jentera, mesin dan peralatan menepati keperluan setiap PPN Jentera dan PP tertakluk kepada peraturan-peraturan kerajaan dan piawaian yang telah ditetapkan
- Mempastikan semua projek dilaksanakan mengikut piawaian industri kerajaan serta menepati keperluan pelanggan
- Menyediakan khidmat nasihat teknikal dan perunding projek-projek di bawah Bahagian Kejuruteraan dan lain-lain Bahagian di LPP
- Membuat pengesahan ke atas dokumen-dokumen perolehan yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari kerja daripada tarikh diterima
- Menyedia dan mengemaskini pengkalan data program/projek bagi tujuan pemantauan dan kajian impak program/projek LPP/PP bagi setiap Cawangan di Bahagian Kejuruteraan
|
Objektif Menyediakan khidmat pengurusan dan kemudahan asas bagi memudah dan memajukan aktiviti-aktiviti PP dalam aktiviti-aktiviti perkhidmatan mekanisasi ladang, kemudahan lepas tuai, pengangkutan, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan TOT. |
Objektif Bahagian Operasi - Penyediaan khidmat kejenteraan kepada peladang dan ahli-ahli PP melalui PPN.
- Mengenalpasti dan menyediakan projek-projek pemprosesan PP sebagai aktiviti hiliran ke atas projek-projek pengeluaran PP dan memantau pelaksanaan.
- Menyediakan kemudahan asas industri lepas tuai bagi projek-projek pengeluaran PP/ahli dan pemantauan prestasi pelaksanaan.
- Mengenalpasti dan menyediakan kemudahan pengangkutan bagi memudahkan aktiviti lepas tuai dan pemasaran hasil operasi pertanian.
- Kemudahan pembiayaan di bawah Skim Skim Sewa Pajak Tanpa Faedah (SSPTF) , Tabung Kejenteraan Ladang dan Tabung PKS.
- Penggunaan Tabung Hartanah LPP bagi pembaikan dan penyelenggaran bangunan/rumah kakitangan PP.
- Penyediaan kemudahan asas kepada PP bagi meningkatkan tahap “delivery system” dan keberkesanan perkhidmatan kepada peladang dan ahli.
- Penyediaan khidmat nasihat teknikal bagi memastikan projek-projek dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi dan pelan yang betul.
- Menggalakkan penggunaan dan pemilikan jentera dan peralatan oleh peladang dan ahli PP.
|
| |
Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : SYED ISMAIL BIN SYED BAKAR
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : syed_ismail@lpp.gov.my