LATAR BELAKANG - Bahagian Latihan telah ditubuhkan pada 15 Julai 1999 dengan menggabungkan sebahagian dari fungsi bahagian-bahagian lain dan IPP ke bahagian ini.
- Fungsi bahagian lain yang terlibat ialah :-
- Cawangan Latihan Anggota - Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.
- Unit Kurikulum Latihan - Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.
- Cawangan Latihan Peladang - Bahagian Pembangunan Usahawan.
- Seluruh Operasi Institut Pengurusan Peladang (IPP Kuala Lumpur)
- Dengan Penubuhan Bahagian Latihan semua urusan berhubung dengan Pembangunan Sumber Manusia yang melibatkan anggota dan peladang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian ini.
|
| |
FUNGSI - Menguruskan latihan untuk menambah tenaga mahir dalam bidang yang ditetapkan mengikut keutamaan.
- Menguruskan latihan dalam perkhidmatan dengan matlamat meningkatkan mutu kerja dan kecekapan anggota lpp.
- Menguruskan Latihan dan lawatan keluar negara untuk mendapatkan pendedahan minda dalam bidang-bidang tertentu di kalangan anggota dan ahli peladang.
- Menguatkuasakan perjanjian cuti belajar bergaji penuh oleh LPP dan JPA dan lain-lain kursus jangka panjang.
- Menguruskan latihan peladang dengan matlamat meningkatkan kesedaran, kemahiran dalam aspek pengurusan projek, pemindahan teknologi dan kepimpinan pp.
- Mengawal peruntukan kewangan bagi Vot 225(i)- Latihan Anggota, Vot 225(ii)- Latihan Peladang dan Vot 225(iv)- Projek Menaiktaraf IPP.
- Menyediakan program dan modul latihan dalaman LPP.
- Menyelia dan menyelaras operasi IPP dalam konteks latihan.
- Mengawal dan menyelia peruntukan kewangan IPP.
|
| |
OBJEKTIF UMUM Membangunkan sumber manusia ke arah peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap dikalangan anggota pengurusan dan ahli-ahli PP |
| |
OBJEKTIF KHUSUS - Untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kumpulan pengurusan pertubuhan peladang.
- Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi pengeluaran makanan dikalangan ahli peladang selaras dengan proses transformasi pertanian sekarang.
- Untuk membangunkan kumpulan pengurusan dan pentadbiran yang relevan dengan pembangunan teknologi dan teknik pengurusan moden.
|
| |
PIAGAM PELANGGAN - Memberi latihan kepada anggota LPP sekurang-kurangnya (7) hari setahun.
- Menyediakan penceramah / fasilitator yang terlatih dan berpengalaman bagi mengendalikan kursus.
- Memastikan surat-surat panggilan peserta, penceramah/ tempahan bagi mengadakan kursus terancang dihantar 7 hari bekerja sebelum tarikh kursus.
- Memastikan kemudahan dan alat bantuan mengajar berada dalam keadaan baik, sedia digunakan, mencukupi dan selaras dengan perubahan semasa.
- Menyediakan laporan pelaksanaan kursus anggota dan peladang dalam tempoh 7 hari bekerja selepas ia dilaksanakan.
- Menyediakan laporan kemajuan pelaksanaan kursus dari segi fizikal dan kewangan 10 haribulan bulan berikutnya.
|
| |
SLOGAN "MEMBAWA PERUBAHAN MENERUSI LATIHAN" |
| |
WAWASAN "Sebagai pusat kecemerlangan pembangunan sumber manusia (anggota dan peladang) LPP" |
| |
MISI "Menyediakan program latihan, pendidikan dan pembangunan sumber manusia (anggota dan peladang) dengan berkesan dan berterusan" |
| |
MATLAMAT "Untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber tenaga manusia LPP dari aspek rohani dan jasmani, Kualiti dan kuantiti sejajar dengan keperluan semasa LPP" |
| |
| CARTA ORGANISASI [muat turun] |
| |
Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : MUSA BIN ABU SAMAH
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : musa@lpp.gov.my