Kami beriltizam memberikan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti bagi mencapai wawasan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menjadi peneraju pembangunan Pertubuhan Peladang (PP) yang unggul dan cemerlang dengan melaksanakan misi membangunkan PP sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah ahli peladang komersial - Memberikan keputusan perundangan keatas semua permohonan oleh PP/KAT berkaitan dengan kuasa Pendaftar / Ketua Pendaftar tidak melebihi tempoh empat belas (14) hari
- Memberikan keputusan permohonan pembiayaan Kumpulan Wang Pinjaman PP dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh permohonan diterima
- Memberi kelulusan projek pembangunan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kelulusan oleh Agensi Pusat
- Memberi latihan kepada anggota LPP sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun
- Memberi kelulusan Pendaftar mengikut peruntukan undang-undang keatas Penyata Kewangan Beraudit PP dalam tempoh lima (5) hari
- Mengeluarkan laporan juruaudit berkanun keatas penyata kewangan PP yang diaudit oleh Juruaudit Pendaftar dalam tempoh dua puluh lima (25) hari
- Menyediakan draf laporan aktiviti kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak lewat dari 31 Januari tahun berikutnya
- Mengemukakan Penyata Kewangan muktamad berakhir 31 Disember kepada Ketua Audit Negara tidak lewat daripada 31 Mac tahun berikutnya
- Mengemukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Laporan Tahunan untuk pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum 31 September tahun berikutnya
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan April 2012 Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Mac 2012 Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Februari 2012 Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Januari 2012 |
| |
| |
Paparan : 2744
Terakhir Dikemaskini : 09 Mei 2012