Tahukah Anda? Pembinaan bangunan LPP baru di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, bermula pada tahun 2008. Ibu pejabat baru ini bernilai kira-kira RM45 juta dan mempunyai beberapa kemudahan moden termasuk dewan serba guna yang akan memberi faedah kepada lebih 700,000 masyarakat peladang di masa hadapan. Bangunan 11 tingkat tersebut mempunyai kawasan seluas 2.14 hektar dan mampu menampung 847 orang. Dengan adanya ibu pejabat baru ini, adalah diharapkan bahawa warga LPP akan terus menyemarakkan motivasi dan semangat untuk terus berusaha ke arah memenuhi wawasan, misi dan matlamat LPP. |
Tahukah Anda? Malaysia berada di kalangan teratas bagi Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) 2011 seperti yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Di rantau Asia Pasifik, Malaysia menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan New Zealand. Malaysia mendapat pemarkahan dari segi pengurusan udara dan kesannya terhadap kesihatan manusia (97.3%), pertanian (95.5%) serta biodiversiti dan habitat (90.1%). Aspek-aspek lain pemarkahan tersebut termasuk perubahan iklim, perikanan, perhutanan, serta air dan pencemaran udara. Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, sila klik di sini untuk membaca rencana penuh.
|
Tahukah Anda? Sektor pertanian menggunakan 70% daripada jumlah penggunaan air. |
Paparan : 510
Terakhir Dikemaskini : 08 Mei 2012