Teks Suara Dengar teks Saiz Tulisan Besarkan Tulisan Set Semula Tulisan Kecilkan Tulisan Skema Warna Tema Biru Tema Hitam Tema Coklat Tema Asal Tema Latar Belakang bg 3 Bg 2 Bg 1
img
 
 
English |  Bahasa Melayu | Lain
 
 
Bhg. Pengurusan Maklumat

 

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan  Maklumat (BPM) telah diwujudkan pada 1 Julai 2003 berikutan dengan penyusunan semula struktur organisasi Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ). Sebelum penyusunan tersebut, bahagian ini adalah dikenali sebagai Unit Teknologi Maklumat di Bahagian Perancangan dan Penilaian. Bahagian ini mengandungi tiga cawangan iaitu Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem, Cawangan Rangkaian dan Teknikal serta Cawangan Multimedia dan Khidmat Pengguna. Carta Organisasi adalah seperti di lampiran. Pada tahun 2009 berikutan penstrukturan semula LPP, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Maklumat.

 
Carta Organisasi [pdf,253 KB]
 
Piagam Bahagian [pdf,270KB]
 
Misi
Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat kearah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian (delivery system), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang.
 
Objektif
  1. Meningkatkan kemudahan dan pengunaan ICT bagi meningkatkan sistem penyampaian di LPP dan PP.
  2. Mewujudkan sistem pengumpulan maklumat bersepadu untuk kemudahan rujukan dalaman dan luaran serta mencepatkan capaian maklumat
  3. Mempertingkatkan kecekapan sistem pengurusan LPP melalui penggunaan ICT
  4. Membudayakan penggunaan ICT di kalangan anggota LPP/PP ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dan pengurusan LPP.
  5. Meningkatkan keselamatan ICT bagi menentukan kerahsiaan, integriti, kesahihan, tidak disangkal dan ketersediaan data dan maklumat.
 
Fungsi-Fungsi Cawangan di BPM

Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem

  • Memantau pelaksanaan dan peningkatan pengunaan sistem aplikasi berkomputer di LPP/PP
  • Mengkaji dan memantau peningkatan dan penambahbaikan sistem-sistem aplikasi sedia ada
  • Membuat kajian dan analisis ke atas keperluan sistem aplikasi bagi LPP/PP
  • Mengawal dan menyelaras pembangunan sistem-sistem aplikasi.

Cawangan Rangkaian & Teknikal

  • Mengendalikan kerja-kerja berkaitan sistem pengoperasian dan penyelenggaraan infrastruktur rangkaian.
  • Mengurus, menyelenggara serta memastikan sistem komputer dan rangkaiannya berfungsi dengan baik.
  • Melaksanakan prosedur keselamatan ke atas sistem rangkaian komputer supaya bebas dari sebarang ancaman.
  • Menyediakan spesifikasi tender dan sebutharga bagi pembelian perkakasan dan perisian leT serta sistem aplikasi
  • Menyelaras dan mengawal penggunaan Internet di LPP.
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu leT LPP .

Cawangan Multimedia dan Khidmat Pengguna

  • Menguruskan penyulaman (homepage) LPP serta menyelaras penggunaan emel LPP Ibu Pejabat dan LPP Negeri.
  • Merancang dan membangunkan intranet di LPP Ibu Pejabat dan LPP Negeri.
  • Memberi khidmat nasihat dan mengatasi masalah pengguna dari segi perisian dan peralatan multimedia.
  • Merancang program latihan berkaitan sistem aplikasi berkomputer kepada anggota LPP/PP.

 

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : ROHAYA BINTI HUSSIN
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : rohaya@lpp.gov.my

Paparan : 1684
Terakhir Dikemaskini : 16 Mei 2012