Agrobank peruntuk RM50 juta galakkan penanaman padi

Utusan Online

Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman (kiri) bertukar memorandum persefahaman dengan Md. Kassim Lasim sambil diperhatikan Ahmad Shabery Cheek dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2016 di Serdang, semalam. UTUSAN/Nasirruddin Yazid  Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/agrobank-peruntuk-rm50-juta-galakkan-penanaman-padi-1.417615#ixzz4gY5Sthgc  © Utusan Melayu (M) Bhd

 

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Agro­bank memperuntukkan seba­nyak RM50 juta bagi membiayai aktiviti penanaman padi peserta Program Rakan Ladang (PRL) Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi tempoh tiga tahun bermula awal tahun ini.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman berkata, dana yang diperuntukkan itu melibatkan kawasan penanaman padi seluas 20,000, hektar di seluruh negara.

Beliau berkata, dana itu diha­rap menjadi pemangkin usaha menggalakkan lagi aktiviti penanaman padi tempatan dan sete­rusnya me­rangsang usaha para pesawah untuk meningkatkan hasil pengeluaran masing-masing.

“Inisiatif yang dirintis ini adalah usaha berterusan Agrobank dalam menawarkan pembiayaan dengan kadar faedah yang kompetitif.

“Selain menggalakkan industri penanaman dan pengeluaran hasil padi negara, kita amat berharap usaha ini mampu melestarikan pendapatan serta taraf hidup para pesawah yang merupakan pen­duduk luar ban­dar,” katanya se­lepas majlis menandatangani perjanjian Rakan Niaga Strategik antara Ag­robank dan Bernas pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelanco­ngan (MAHA) 2016 di Serdang, dekat sini hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu.

Sementara itu, Bernas diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md. Kassim Lasim.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/agrobank-peruntuk-rm50-juta-galakkan-penanaman-padi-1.417615#ixzz4gY5XxGsO 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

 



Kemaskini Terakhir: 09 May, 2017