Belanjawan 2022 fokus sektor pertanian, jaminan makanan negaraKulai: Belanjawan 2022 akan memberi fokus terhadap sektor pertanian sebagai usaha memperkasa jaminan makanan negara. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, fokus terhadap sektor pertanian penting supaya negara tidak terlalu bergantung kepada sumber makanan import pada jangka panjang. Katanya, ia sebagai kesinambungan Belanjawan 2021 dan pakej rangsangan yang turut memberi penekanan terhadap sektor pertanian dan jaminan makanan negara. Artikel penuh di : https://www.hmetro.com.my Sumber dari Harian Metro |
Kemaskini Terakhir: 21 Sep, 2021