SUNGAI PETANI 3 Dis. – Penganjuran program My Best Buy oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dilihat bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna malah membuka peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk masing-masing. Pegawai FAMA Bakar Arang, Mohd. Fauzi Hashim berkata, penganjuran program tersebut membolehkan usahawan tempatan mengambil peluang memasarkan produk di kawasan mereka secara terus kepada orang ramai. “Kira-kira 50 usahawan tani mengambil bahagian untuk menjual barangan segar pada harga yang lebih murah antara lima hingga 20 peratus berbanding harga pasaran secara terus kepada pengguna.
|
Kemaskini Terakhir: 05 Dec, 2017