Aplikasi IOT dalam Projek Pertanian Pertubuhan Peladang

IOT
Untitled Document

Pengenalan

Pertanian lazimnya dikenali sebagai pekerjaan 3D – dirty, dangerous dan difficult yang mana ia merujuk kerja petani dalam melakukan proses operasi penanaman, pembajaan, meracun dan sebagainya secara konvensional. Era globalisasi telah memberi kesan kepada kaedah melaksanakan pertanian. Industri pertanian telah beralih menggunakan peralatan teknologi seperti IOT (Internet of Things). Penggunaan IOT melibatkan pelaksanaan ladang pintar dan pertanian tepat.

Lembaga Pertubuhan Peladang menerajui penggunaan IOT dalam pertanian yang akan memberikan pelbagai faedah kepada petani. Penggunaan IOT dapat:

1. Mengurangkan kos operasi tenaga kerja

2. Meningkatkan pengeluaran

3. Menambah pendapatan petani.

Malahan, penggunaan IOT membolehkan kawalan ladang menggunakan teknologi di hujung jari, platform yang konduksif dan memberikan kemahiran baharu semasa menjalankan aktiviti pertanian. Perkara ini dapat menggalakkan golongan muda sebagai pelapis industri pertanian untuk menceburi bidang ini.

Secara umumnya pelaksanaan aplikasi IOT di Pertubuhan Peladang melibatkan komponen seperti berikut:

a.. Ladang eSatelite (PPK Kuala Langat)

b. Ladang eSatelite (Replikasi Model Pertubuhan Peladang Berjaya)



Kemaskini Terakhir: 01 Oct, 2021