KANGAR 25 Mei - Jabatan Pertanian berhasrat untuk menjadikan Perlis sebagai kluster penanaman Harumanis berikutan tanaman itu mempunyai potensi yang baik di negeri tersebut untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamed Sidek berkata, berdasarkan kajian dijalankan, para petani juga mempunyai budaya yang baik dalam penanaman dan penjagaan Harumanis.
Kata beliau, walau bagaimanapun tanaman itu masih boleh ditanam di negeri-negeri lain kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang subur.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Pusat Pertanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Pertanian negeri, Zulkefli Amin Mat Jusoh. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/perlis-dijadikan-kluster-mempelam-harumanis-kerana-potensi-1.486192#ixzz4j5iL1gjG
© Utusan Melayu (M) Bhd