RM500,000 atasi banjir kilat

RM500,000 atasi banjir kilat

RM500,000 atasi banjir kilat

BENTONG 25 Nov. - Sebanyak RM500,000 diperlukan untuk menaik taraf sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat di bandar ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Datuk Hoh Khai Mun berkata, ia melibatkan pembesaran longkang dari belakang Pejabat Pos Bentong sehingga ke kompleks kediaman polis.

"Majlis Perbandaran Bentong (MPB) kini sedang dalam proses memohon peruntukan khas kepada kerajaan bagi membaiki longkang terbabit yang kecil dan sudah terlalu lama.

"Diharap dengan adanya longkang yang lebih besar, masalah banjir kilat di kawasan ini dapat dikurangkan," katanya di sini baru-baru ini.



Kemaskini Terakhir: 25 Nov, 2011