LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Latar Belakang
Bahagian Kewangan telah diwujudkan pada 1 November 1992, berikutan penstrukturan semula struktur organisasi LPP ketika itu. Penstrukturan semula ini dilaksanakan agar Bahagian Kewangan diberi pengkhususan dalam menguruskan peruntukan yang diterima dari pelbagai sumber. Sumber-sumber itu harus diuruskan dengan lebih efisien dan efektif mengikut prosedur kewangan kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan perubahan dari masa ke semasa.
Bahagian ini terdiri daripada empat (4) cawangan iaitu:
- Cawangan Belanjawan
- Cawangan Perolehan
- Cawangan Akaun
- Cawangan Bayaran dan Penggajian
- Cawangan Pengurusan Harta
Objektif
Menguruskan kewangan dan harta LPP secara berhemat serta cekap berlandaskan peraturan dan tatacara pengurusan kewangan umum bagi memastikan akaun tabiliti pengurusan kewangan
Moto
CEPAT,TEPAT DAN BERHEMAT
Piagam Pelanggan
Kami berazam memberikan perkhidmatan yang cekap,bersih dan amanah untuk memenuhi wawasan lembaga pertubuhan peladang seperti berikut:
1. Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan pembayaran yang lengkap dalam tempoh 14 hari
2. Memberi keputusan permohonan pinjaman komputer dan kenderaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap
3. Mengemukakan penyata kewangan muktamad bagi tahun berakhir 31 disember sebelum 30 april tahun berikutnya.
4. Mengeluarkan pesanan tempatan untuk permohonan perolehan yang lengkap dan diluluskan kepada pembekal dalam tempoh seperti berikut:
- Kontrak pusat : 6 hari bekerja dari tarikh permohonan
- Pembelian terus : 6 hari bekerja dari tarikh permohonan
- Sebutharga : 14 hari bekerja dari tarikh permohonan
5. Mengeluarkan keputusan tender perolehan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh ditutup
6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan lpp yang lengkap dengan justifikasi mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh kementerian pertanian dan kementerian kewangan
7. Memberi keputusan permohonan tambahan peruntukan mengurus kepada lpp negeri dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
8. Membuat pembayaran gaji bulanan pada tarikh yang ditentukan oleh surat pekeliling akauntan negara malaysia mengenai tarikh dan peraturan pembayaran gaji bulanan
Panduan dan Rujukan
Perlaksanaan tugas dan tanggungjawab berpandu dan merujuk kepada prosedur dan kuasa-kuasa kewangan yang ternyata di dalam:
a) Akta 110-Akta LPP 1973
b) Akta Acara Kewangan1957
c) Arahan Perbendaharaan
d) Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan
e) Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
f) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan
g) Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam
h) Pekeliling Ketua Pengarah LPP
i) Surat Arahan Perbendaharaan
- Pekeliling KP Bil 5 Tahun 2012 – Skim Pembiayaan Komputer Perkhidmatan Awam
- Borang Permohonan Pembiayaan Pinjaman Komputer
- Jadual Bayaran Ansuran Skim Pembiayaan Komputer
- Perkiraan Gaji Anggota Untuk Memohon Pembiayaan Komputer
- Borang Permohonan Pembiayaan Kenderaan
- Borang Tuntutan Alat Komunikasi Mudah Alih
Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : Norasnita binti Mohd Zuki
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : norasnita@lpp.gov.my