Bahagian Perkhidmatan Digital

Bahagian Perkhidmatan Digital

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah diwujudkan pada 1 Julai 2003 berikutan dengan penyusunan semula struktur organisasi Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ). Sebelum penyusunan tersebut, bahagian ini adalah dikenali sebagai Unit Teknologi Maklumat di Bahagian Perancangan dan Penilaian. Bahagian ini mengandungi empat (4) cawangan iaitu Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem, Cawangan Rangkaian dan Teknikal, Cawangan Multimedia, Cawangan Dasar dan Perancangan ICT. Carta Organisasi adalah seperti di lampiran. Pada tahun 2009 berikutan penstrukturan semula LPP, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Maklumat.

 
Piagam Bahagian
 

Pelan Strategik ICT 2020 - 2024

 
Misi
Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat kearah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian (delivery system), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang.
 
Objektif
  1. Meningkatkan kemudahan dan pengunaan ICT bagi meningkatkan sistem penyampaian di LPP dan PP.
  2. Mewujudkan sistem pengumpulan maklumat bersepadu untuk kemudahan rujukan dalaman dan luaran serta mencepatkan capaian maklumat
  3. Mempertingkatkan kecekapan sistem pengurusan LPP melalui penggunaan ICT
  4. Membudayakan penggunaan ICT di kalangan anggota LPP/PP ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dan pengurusan LPP.
  5. Meningkatkan keselamatan ICT bagi menentukan kerahsiaan, integriti, kesahihan, tidak disangkal dan ketersediaan data dan maklumat.
 
Fungsi-Fungsi Cawangan di BPM

Cawangan Dasar dan Perancangan ICT

  • Merangka dan menyedia dan mengemaskini manual pengguna, garis panduan dan senarai semak proses-proses projek ICT setrta menguatkuasakan pelaksanaan arahan , peraturan dan polisi di kalangan warga LPP bagi menjamin keselamatan keberkesanan ICT LPP.
  • Membangun dan melaksanakan pelan keselamatan ICT.
  • Membangun dan melaksanakan Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan
  • Merancang dan menyelaras pengemaskinian Pelan Strategik ICT (ISP) agar sejajar dengan fokus Perancangan Strategik LPP supaya dijadikan Bliu Print dan halatuju dalam perancangan dan pembangunan projek-projek ICT LPP dan PP.
  • Membuat kajian dan menyediakan laporan tentang pembangunan dan perancangan inisiatif ICT di LPP.
  • Merancang keperluan-keperluan peruntukan agi aktiviti-aktiviti ICT LPP dan PP.
  • Mengurus dan menyediakan Service Level Agreement (SLA) antara BPM dengan pembekal dan pengguna dalaman serta memantau pematuhannya.
  • Merancang, mengurus dan mengendalikan perkhidmatan emel.
  • Merancang, mengurus dan memantau penggunaan billboard dan digital signage.
  • Merancang, merekabentuk, membangun dan meyelaras pembangunan bahan persembahan multimedia bagi program yang dianjurkan oleh LPP.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penjanaan dan perkongsian ilmu.
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT LPP.

Cawangan Multimedia

  • Merancang, mengurus, memantau pembangunan, pengemaskinian data, penilaian dan penyelenggaraan laman web LPP.
  • Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Kerja Laman Web LPP dan Jawatankuasa Teknikal Laman Web LPP mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2015 Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam.
  • Merancang, mengurus, memantau pengemaskinian data paparan Billboard, Iboard dan Stand Display LPP Ibu Pejabat.
  • Merancang, mengurus, memantau pengemaskinian dan penambahbaikan portal e-Peladang.
  • Menguruskan, memantau penyelenggaraan Sistem ILMU (Integrated Library Management Utility System )
  • Merancang, mengurus dan memantau pengemaskinian laman web i-Peladang dan agro tour Pertubuhan Peladang.
  • Merancang, merekabentuk, membangun dan meyelaras pembangunan bahan persembahan multimedia bagi program yang dianjurkan oleh LPP.

Cawangan Pembangunan Penyelenggaraan Sistem

  • Memantau pelaksanaan dan peningkatan pengunaan sistem aplikasi berkomputer di LPP/PP
  • Mengkaji dan memantau peningkatan dan penambahbaikan sistem-sistem aplikasi sedia ada
  • Membuat kajian dan analisis ke atas keperluan sistem aplikasi bagi LPP/PP
  • Mengawal dan menyelaras pembangunan sistem-sistem aplikasi.
  • Merancang dan membangunkan sistem-sistem aplikasi yang diperlukan bagi kegunaan LPP dan PP.
  • Memantau dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tahunan bagi Sistem Primari Pertubuhan Peladang, Sistem Baja Pdi Kerajaan Persekutuan, Sistem Profil Ahli, Sistem Integrasi PPN Jentera dan Sistem Maklumat Perpustakaan.
  • Memberi latihan penggunaan sistem-sistem aplikasi kepada pengguna.

Cawangan Rangkaian & Teknikal

  • Mengendalikan kerja-kerja berkaitan sistem pengoperasian dan penyelenggaraan infrastruktur rangkaian.
  • Mengurus, menyelenggara serta memastikan sistem komputer dan rangkaiannya berfungsi dengan baik.
  • Melaksanakan prosedur keselamatan ke atas sistem rangkaian komputer supaya bebas dari sebarang ancaman.
  • Menyediakan spesifikasi tender dan sebutharga bagi pembelian perkakasan dan perisian leT serta sistem aplikasi
  • Menyelaras dan mengawal penggunaan Internet di LPP.
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu leT LPP .

 

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : Norhisham bin Musa
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : hisham@lpp.gov.my 



Kemaskini Terakhir: 13 Jun, 2025