Banjir: Agrobank tawar moratarium 6 bulan kepada petani, pesawahKUALA SELANGOR – Para pesawah dan petani yang terjejas akibat bencana banjir boleh menarik lega apabila Agrobank menawarkan moratarium enam bulan kepada golongan tersebut. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak bank itu memberikan moratarium berkenaan kerana simpati dengan golongan tersebut yang kehilangan hasil pertanian akibat bencana berkenaan. Artikel penuh di : https://www.kosmo.com.my |
Kemaskini Terakhir: 08 Mar, 2023