Bekalan Ladang

Bekalan Ladang

Aktiviti perkhidmatan bekalan ladang dilaksanakan oleh semua Pertubuhan Peladang (PP) dan lebih bersifat memberi kemudahan kepada peladang daripada mencari keuntungan.

Tujuan Dijalankan 
Perkhidmatan bekalan ladang ini dijalankan oleh PP adalah untuk :

  • Memudahkan para peladang di dalam kawasan pengendalian PP mendapatkan keperluan bekalan ladang lain-lain keperluan pertanian dengan mutu yang terjamin.
  • Menawar harga yang berpatutan bagi bahan-bahan bekalan ladang dalam usaha mengawal harga penawaran di pasaran, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan produktiviti peladang.
  • Menjadi tempat rujukan peladang-peladang mendapat khidmat nasihat mengenai penggunaan input pertanian dari segi aspek-aspek ekonomi, aplikasi, keselamatan dan kesihatan.
  • Menyediakan perkhidmatan kredit bekalan ladang untuk projek-projek ladang terselia, ladang kelompok dan mini-estet ahli-ahli PP.

Skop dan Cara Pelaksanaan 
Skop perkhidmatan bagi infrastruktur ladang ini ialah :

  • Pengairan
  • Perparitan
  • Jalan Ladang
  • Merata tanah
  • Struktur ladang – reban, sangkar, rumah grading, stor, pagar
  • Peralatan ladang

Pengedaran Bekalan Ladang
Para peladang boleh mendapatkan bekalan ladang menerusi mana-mana cara berikut :

  • Menghubungi terus Pertubuhan Peladang di kawasan masing - masing.
  • Membuat perancangan penggunaan menerusi Unit Peladang (UP).
  • Membuat perancangan penggunaan melalui kumpulan pengeluar dengan tiap-tiap kumpulan akan mengemukakan keperluan masing-masing.

Perkhidmatan Yang disediakan
Antara perkhidmatan bekalan ladang yang disediakan ialah :

  • Baja
    • Baja Terus / Straight
    • Campuran / Mixture
    • Butiran / Compound
    • Organik
  • Racun Tanaman
    • Racun rumpai
    • Racun serangga
    • Racun kulat
  • Makanan Ternakan/Ternakair
    • Makanan ayam, itik dan puyuh
    • Makanan udang dan ikan
    • Makanan ternakan lembu / kambing
  • Peralatan Ladang
    • Pam racun
    • Peralatan pengairan
    • Peralatan kecil-kecilan seperti mesin pemotong rumput dan mesin penabur
    • Kit fertigasi
  • Benih
    • Benih sayur-sayuran
    • Benih buah-buahan
    • Benih bunga-bungaan
    • Benih kelapa
    • Benih padi
    • Benih ternakan
    • Benih ternakair

Faedah Yang Diperolehi 
Antara faedah dan kesan perkhidmatan ini ialah :

  • Penjimatan Kos
    • Peladang-peladang boleh mendapatkan keperluan bekalan ladangnya dengan mudah dengan harga yang berpatutan, ini akan menjimatkan kos pengeluaran dan seterusnya dapat meningkatkan hasil untuk bersaing di pasaran.
  • Pemindahan Teknologi
    • Peningkatan di dalam teknologi bidang pertanian terutamanya berkenaan sistem pertanian terkini seperti fertigasi, system iot (kawalan lading menggunakan telefon pintar dan internet) dan sistem tanaman hidroponik dapat diaplikasi di lading yang boleh meningkatkan hasil pengeluaran serta pengurusan tanaman yang cekap.
  • Pemberian Kredit
    • Pemberian kredit kepada peladang yang menyertai projek di bawah penyeliaan PP dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan melalui bekalan ladang yang mencukupi dan tepat.
  • PP Sebagai Pusat Sumber
    • Para peladang boleh mendapatkan maklumat-maklumat mengenai bekalan ladang yang diperlukan, penggunaan input pertanian yang efisen dan teknologi baru di dalam bidang pertanian di PP.

Kesan Perlaksanaan
Antara kesan daripada perlaksanaan perkhidmatan ini ialah :

  • Dapat mewujudkan/memperbanyak ladang terselia, estet dan projek kelompok.
  • Pembekalan bahan-bahan bekalan ladang dapat dilaksana secara bersepadu.
  • Dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran anggota PP.
  • Dapat meningkatkan penawaran peralatan dan bahan-bahan berteknologi tinggi.
  • Dapat memperkemaskan sistem pemberian upah dan komisyen untuk kakitangan dan operator.
  • Dapat meningkatkan perkhidmatan khidmat nasihat dan bimbingan dalam usaha-usaha pertanian.

Penutup
Khidmat Bekalan Ladang ini bukan sahaja dapat memastikan hasil keluaran peladang secara optimum dengan penjagaan yang baik tetapi dapat juga memastikan peladang mendapat pulangan yang maksimum daripada usaha pertanian yang dijalankan.

Disamping itu, perkhidmatan ini juga akan menjadi pemangkin bagi menggalak dan mendorong para peladang untuk menceburi bidang pertanian berskala besar dengan perkhidmatan yang diberikan oleh PP.



Kemaskini Terakhir: 09 Oct, 2024