China mahu kongsi pengalaman, kepakaran pertanian dengan MalaysiaKUALA LUMPUR – China bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan Malaysia dalam dasar-dasar berkaitan program pertanian, mewujudkan pasaran komoditi dan rantaian nilai makanan yang mampan serta penggunaan digitalisasi dan pertanian pintar dalam penghasilan beras dan bijiran. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China, Ma Youxiang ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Beijing, hari ini. Artikel penuh di : https://malaysiagazette.com |
Kemaskini Terakhir: 01 May, 2023