FAMA pantau harga sayuran di Cameron Highlands

April 2023

FAMA pantau harga sayuran di Cameron Highlands

KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapati, harga sayur tanah tinggi Cameron Highlands kini tidak menentu disebabkan faktor pengeluaran dan permintaan semasa.

Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri, berkata terdapat kira-kira 23 jenis sayuran jenis daun, buah dan ubi keluaran pekebun di Cameron Highlands dengan pasaran tempatan dan Singapura. Katanya, terdapat beberapa sayuran jenis buah kini dijual pada harga ladang melebihi RM5 sekilogram, antaranya tomato, lada benggala merah dan hijau, cili merah minyak, terung panjang, tomato serta lik.

Artikel penuh di : https://www.bharian.com.my



Kemaskini Terakhir: 03 Apr, 2023