Fungsi LPP seperti yang termaktub di dalam Akta, adalah seperti berikut :-
Untuk menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang.
Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyan 10, untuk merancang dan melaksanan sesuatu pembangunan pertanian di dalam Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan: dan
Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.
LPP melaksanakan semua aktiviti ini yang boleh dikumpulkan dalam tiga fungsi utama iaitu : fungsi sebagai Pendaftar: fungsi sebagai Agen Pengurusan : dan Fungsi sebagai agen Pembangunan.
i. Fungsi Pendaftar
Ketua Pengarah LPP ialah Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang (PP) dan koperasi berasaskan pertanian dan bertanggungjawab untuk mendaftar, menyelia dan mengawal termasuk pengauditan akaun semua PP dan koperasi yang berasaskan pertanian. Kuasa dan tugas agensi dan pendaftar adalah berhubungan dengan :
Pendaftar PP dan koperasi berasaskan pertanian
Menyelia dan mengawal semua aktiviti PP dan koperasi berasaskan pertanian.
Mengaudit dan mengawal akaun
Membatal pendaftaran termasuk memansuhkan satu-satu pertubuhan: dan
Memberi pendidikan dan latihan untuk ahli
Pendaftar telah melantik Ketua Eksekutif bagi agensi-agensi berkenaan sebagai wakilnya bagi memudah kelancaran dan keberkesanan tugas-tugas dan tanggungjawab pendaftar di kawasan MADA, KADA dan negeri Sarawak. Pengarah-pengarah LPP negeri juga telah dilantik. Namun kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung, memansuh dan sebagainya masih lagi dipegang oleh Pendaftar.
ii. Fungsi Pengurusan
LPP memberi khidmat pengurusan PP untuk melancarkan operasi dan melaksanakan projek secara cekap. khidmat yang diberikan termasuk pentadbiran kakitangan, khidmat pengurusan, latihan untuk kakitangan PP dan khidmat perundingan.
iii. Fungsi Pembangunan
Teras utama LPP adalah untuk meneroka pembangunan ekonomi dan sosial PP dan melaksanakan projek secara cekap dan bersepadu bagi meningkatkan lagi pendapatan PP seterusnya memberi faedah kepada ahli-ahli. Dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan RMKe-9 (2006 - 2010), Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah *RM291 juta khusus untuk pembangunan ekonomi dan sosial PP.
*Jumlah sebenar RM 291,202,405