IPP Johor Bahru

IPP Johor Bahru

Latarbelakang
Pusat Latihan Peladang Johor Bahru, (PLPJB) Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor mula beroperasi pada tahun 1988 di Kompleks LPP Negeri Johor, Km 11.6, Jalan Pandan, Johor Bahru (PIJB). Pada tahun 2002 sekali lagi namanya ditukar dan kini dikenali sebagai Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru (IPPJB).

Peranan IPPJB

  1. Peranan utama Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru ialah menyediakan kemudahan kursus / seminar / konvensyen dan mesyuarat ( penginapan, makan minum, dewan kuliah / mesyuarat, peralatan kursus dan lain-lain kemudahan yang diperlukan ) yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru ( IPPJB ), Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) dan Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK ).
  2. Kemudahan – kemudahan yang disediakan oleh Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru ini boleh digunakan oleh lain-lain jabatan dan agensi kerajaan, sector swasta dan lain-lain badan / Pertubuhan / organisasi bagi tujuan berikut :
    • Kursus dan latihan
    • Mesyuarat
    • Seminar / konvensyen
    • Hari keluarga / perjumpaan
    • Reunion
    • Penginapan
    • Jamuan
    • Riadah / sukan
    • Pameran / jualan
    • Lain-lain

Kemudahan Yang Disediakan
Penginapan

  1. Asrama berhawa dingin untuk 100 orang maksimum.        
  2. Chalet / rumah rehat penceramah / urusetia kursus untuk 6 orang.
  3. Rumah VIP
  4. Bilik / dewan kuliah
    • Satu (1) bilik kuliah untuk 100 orang peserta kursus dan boleh diubahsuai menjadi dewan untuk seminar / konvensyen / perjumpaan dan mesyuarat untuk seramai 200 orang.
    • Satu (1) bilik mesyuarat untuk 60 orang dan boleh diubahsuai menjadi bilik kursus memuatkan seramai 40 orang peserta.
    • Satu (1) bilik rehat yang berkeupayaan dijadikan sebuah bilik kursus dan mesyuarat untuk seramai 30 orang peserta.
  5. Surau
    • Sebuah surau yang disediakan juga boleh memuatkan 50 orang jemaah lelaki dan 20 orang jemaah perempuan.
  6. Kemudahan Sukan dan Riadah
    • Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru menyediakan kemudahan bersukan dan beriadah seperti dataran aerobik, gelanggang sepaktakraw, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jarring, set ping pong dan permainan dalaman seperti dart, karom dan catur.
  7. Gelanggang Sukan
  8. Dewan Kafeteria
    • Penyediaan Jamuan (Menu berlainan setiap hari)
    • Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru juga menyediakan peralatan khemah dan kerusi meja serta pentas bersama alat siarnya untuk jamuan atau perjumpaan melebihi 200 orang.
    • Dewan kafeteria berhawa dingin ini berkeupayaan menampung seramai 80 orang secara berhidang dimeja jamuan dan seramai 150-200 orang secara buffet

 

Borang Tempahan Pakej Kemudahan IPP Johor
Klik Sini untuk Tempahan



Maklumat lanjut sila hubungi :

Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru
Km.116, Jalan Pandan, 81100 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Email: ippjb@lpp.gov.my/ ippjohorbahru@gmail.com
Tel : 07-3542710 Fax : 07-3562604

 

 



Kemaskini Terakhir: 19 Apr, 2024