IPP Langkawi

IPP Langkawi

Latarbelakang
IPP Langkawi terletak di Pulau Langkawi. Ia dibangunkan di kawasan seluas 2.25 ekar dan dihubungkan dengan jalan raya ke kawasan-kawasan strategik seperti lapangan terbang, kawasan pelancongan sekitarnya, kampung buku, pusat kebudayaan, jeti, pusat membeli belah dan pusat menjamu selera.

Matlamat IPP
Ditubuh untuk melahirkan golongan pemimpin, pegawai dan peladang yang mahir dan terlatih dalam pelbagai sektor perladangan khususnya pengurusan, selaras dengan kehendak dan perubahan semasa. Ianya diharap dapat menjadi pendorong, penggerak, gedung ilmu dan saluran pertukaran maklumat yang berkesan dalam usaha meningkatkan dan memajukan taraf ahli-ahli pertubuhan peladang khasnya dan peladang amnya

Strategi Pengurusan IPP

  • Menyediakan latihan pengurusan secara berkala dan sepenuh masa untuk para peladang dan ahli lembaga pertubuhan peladang.
  • Menganjurkan seminar, forum dan kursus berkaitan sektor perladangan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menyediakan kemudahan penginapan untuk orang perseorangan, kumpulan dan syarikat pada kadar sewa yang berpatutan.Kemudahan tersebut mencakupi semua kemudahan yang terdapat di IPP.Bilik Mesyuarat

Kemudahan Yang Disediakan

  • Bangunan IPP setinggi 7 tingkat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini
  • Ruang legar yang luas dan selesa.
  • Dewan persidangan atau dewan seminar yang boleh menempatkan kira-kira 250 orang dalam satu masa.
  • 5 bilik bengkel untuk kemudahan 150 peserta. ( 1 bilik untuk 30 peserta)
  • Makmal siber dengan 16 terminal komputer dan dilengkapi dengan kemudahan internet.
  • 8 jenis bilik penginapan yang boleh menempatkan sejumlah 230 orang dengan kadar sewa yang berpatutan.
  • 2 buah kafetaria.
  • Pusat riadah untuk tetamu.

Keistimewaan IPP Sebagai Pusat Persidangan Dan Penginapan

  • Terletak di Pulau Langkawi, pulau lagenda yang merupakan tumpuan pelancongan di dalam dan luar negara.
  • Kedudukannya di pusat bandar Kuah dan berdekatan dengan jeti, taman rekreasi, masjid dan pusat menjamu selera.
  • Kelengkapan persidangan dan penginapan terkini di dalam dan luar bangunan IPP.
  • Kadar sewa yang berpatutan untuk penginapan, persidangan dan seminar.
  • Sedia menanti anda ialah kakitangan IPP yang cekap lagi ramah mesra.

Aktiviti Tarikan

Island Tour

  • Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Pasir Hitam, Taman Ayer Hangat, Galeri Perdana,Dataran Lang, Taman Burung,Taman Lagenda, Kedai Gamat, Cable Car dan lain-lain destinasi.

Island Hopping

  • Pakej A : Tasik Dayang Bunting, Puulau Singa Besar, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding
  • Pakej B : Mangove Tour/Kilim Geoforest Park, Guq Buaya, Sangkar Ikan, Gua Kelawar dan Eagle Feeding.

Maklumat lanjut sila hubungi:
Institut Pengurusan Peladang Langkawi
Lot 571, Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah,
Langkawi,
Kedah Darul Aman.
Tel: 013-4893290, 04-9668590 / 04-9661853/ 04-9661845
Email: ipplangkawi@lpp.gov.my



Kemaskini Terakhir: 22 Feb, 2023