Kursus/Latihan LPP

Kursus/Latihan LPP

1. Apakah kursus yang ditawarkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang?

Kursus yang ditawarkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang adalah meliputi program seperti di bawah:-

  • Program Teknologi Ternakan
  • Program Teknologi Tanaman
  • Program Teknologi Ternak Air
  • Program Perniagaan
  • Program Pengurusan Organisasi
  1. Siapakah kumpulan sasar bagi peserta kursus yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang?

Lembaga Pertubuhan Peladang menganjurkan kursus adalah untuk semua peladang yang telah berdaftar sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan.

 

2. Bagaimanakah memohon kursus di Lembaga Pertubuhan Peladang?

Permohonan kursus adalah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan dan tuan/puan adalah dipohon untuk menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan yang berdekatan.

 

3. Apakah Institut Pengurusan Peladang?

Institut Pengurusan Peladang (IPP) ialah pusat latihan yang memberikan perkhidmatan sewaan kepada agensi-agensi luar samada awam ataupun swasta untuk menganjurkan kursus. Selain itu IPP juga memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dalam bentuk kemudahan seperti penginapan, makan/minum, dewan kuliah dan bilik-bilik bengkel untuk mengadakan Program Latihan Kursus kepada agensi awam/swasta ataupun Majlis Kemasyarakatan contohnya kenduri dan sebagainya kepada orang awam.

 

4. Dimanakah lokasi Institut Pengurusan Peladang?

Terdapat 5 buah pusat Latihan Institut Pengurusan Peladang (IPP) iaitu di:-

  • Institut Pengurusan Peladang (IPP) Langkawi, Kedah.
  • Institut Pengurusan Peladang (IPP) Sungai Petani, Kedah.
  • Institut Pengurusan Peladang (IPP) Johor Bahru, Johor.
  • Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjung Karang, Selangor.
  • Institut Pengurusan Peladang (IPP) Panji, Kelantan

 

5. Bagaimana Institut Pengurusan Peladang (IPP) boleh dihubungi?

Tempahan bagi menggunakan kemudahan di IPP boleh dibuat samada secara faksimili, surat atau telefon atau datang sendiri ke IPP seperti alamat di bawah:-


Institut Pengurusan Peladang Langkawi
Lot 571, Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah Langkawi, Kedah.
Tel: 04-9668590, Faks:04-9668591

Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani,
Lot 1401, Bakar Arang, Peti Surat 81, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-4213100, Faks:04-4210054

Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru,
KM 11.6, Jalan Pandan, Karung Berkunci 745, 80990 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-3542710, Faks:07-3562604

Institut Pengurusan Peladang Tanjung Karang,
Jalan Sungai Kajang, 45500 Tanjung Karang, Selangor.

Institut Pengurusan Peladang Panji
Lot 3007, Seksyen 44 Cabang Panji, Jalan Raja Perempuan Zainab II, 16100, Kota Bharu, Kelantan. 

 

Nama : Muhamad Halim bin Milatusamshi
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : mhalim83@lpp.gov.my



Kemaskini Terakhir: 24 Mar, 2023