YPP telah dipersetujui pada Mesyuarat Agung NAFAS Kali Ke-Penubuhan22 pada 20 Disember 1994. YPP merupakan kaedah yang diperuntukan di bawah Perkara 499(xv) Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Kaedah ini telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang pada 23 Mei 1995. Pada 14 Ogos 2012, NAFAS telah mendaftarkan secara rasminya Yayasan Pelajaran Peladang (selepas ini dirujuk sebagai YPP (Amanah)di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta258] oleh Bahagian Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri. Pendaftaran YPP (Amanah) pada masa kini masih berkuatkuasa dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) NAFAS kali ke-42 yang telah diadakan pada 10 Oktober 2015 telah memutuskan untuk mengekalkan penubuhan YPP (Amanah) Objektif utama penubuhan YP secara umumnya adalah untuk menjalankan kegiatan yang berhubung kait dengan usaha menggalakkan aktiviti pendidikan dengan memberi fokus kepada anak-anak peladang seperti berikut:
|
|
Membantu ahli-ahli Peladang yang tidak mampu membiayai pendidikan anak-anak peladang di semua peringkat
|
Menggalakkan pencapaian kecemerlangan ilmu di kalangan anakanak Peladang dengan memberi hadiah atau anugerah kecemerlangan berbentuk wang dan lain-lain;
|
Menggalakkan pengajian dan penyelidikan ilmu dalam bidang-bidang yang boleh memanfaatkan masyarakat peladang di negara ini dengan memberi hadiah atau geran penyelidikan kepada para ilmuan yang berkenaan
|
Menyediakan kemudahan-kemudahan latihan untuk para peladang yang berkelayakan bagi mempertingkat kemahiran dan produktiviti mereka
|
Lain-lain aktiviti di masa hadapan yang difikirkan sesuai bagi mempertingkatkan pencapaian ilmu dan kemahiran di kalangan anakanak peladang. |
|
Kemaskini Terakhir: 19 Sep, 2023