Lawatan Kerja Projek IPR-INTAN Kerian LPP Negeri PerakKetua Pengarah LPP, YBrs. Encik Amir bin Matamin hari ini telah mengadakan lawatan ke Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR-INTAN) Kerian merupakan projek tanaman sayuran fertigasi para yang dilaksanakan di Bukit Merah, Mukim Gunong Semanggol, Perak. Projek yang berkeluasan 12 ekar ini melibatkan 16 orang peserta daripada golongan e-Kasih (B40 dan miskin tegar) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 2,745,000.00. Setiap peserta menguruskan 1,800 polibeg tanaman seperti Peria Besar, Peria Bangla, dan Labu Air di bawah seliaan teknikal serta pemasaran oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Tiang/Parit Buntar. Sumber dan Artikel penuh di : https://www.facebook.com/lppmalaysia |
Kemaskini Terakhir: 20 Feb, 2026