Lawatan Ketua Pengarah LPP Ke Projek Usahawan @PPK KinabaluKetua Pengarah LPP, YBrs. Encik Amir bin Matamin telah mengadakan lawatan ke projek usahawan di bawah PPK Kinabalu yang dijalankan oleh En. Sharizal Denci di Kampung Mesilou, Ranau. Projek ini memberi tumpuan kepada tanaman bawang merah varieti BAW 2 di atas kawasan seluas 40 ekar tanah milik Koperasi Pembangunan Desa (KPD) yang disewa oleh usahawan selama 12 tahun. Dengan anggaran hasil 6 tan/ekar dan harga pasaran sekitar RM7–8/kg, projek ini berpotensi memberikan pulangan yang mampan kepada usahawan, peserta serta komuniti setempat. Sumber dan Artikel penuh di : https://www.facebook.com/lppmalaysia |
Kemaskini Terakhir: 22 Sep, 2025