Lawatan Pengerusi LPP Ke Projek Ladang SatelitPengerusi LPP, YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Ladang Satelit Ehsan Tani 2 di Sungai Kelambu dan Ladang Satelit Pulau Nyatuh yang diuruskan oleh PPK Kuala Langat. Lawatan ini memberi tumpuan kepada perkembangan projek tanaman cili secara fertigasi, selari dengan agenda pembangunan usahawan serta projek korporat PPK Kuala Langat dalam usaha meningkatkan pendapatan ahli dan memperkukuh sekuriti makanan negara. Sumber dan Artikel penuh di : https://www.facebook.com/lppmalaysia |
Kemaskini Terakhir: 22 Sep, 2025