LPP mahu lebih ramai golongan muda menjadi usahawan taniKUALA KRAI, 9 Feb -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mahu mengajak lebih ramai golongan muda terutamanya graduan terlibat secara langsung dalam sektor pertanian untuk menjana peluang pekerjaan. Pengerusinya Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata sektor pertanian ketika ini merupakan satu cabang kerjaya yang mampu memberikan pendapatan lumayan kepada individu atau syarikat terlibat.
"Kita (LPP) meletakkan sasaran tinggi iaitu mahu memartabatkan sektor pertanian ini setaraf dengan sektor lain seperti pembuatan dan sebagainya. Artikel penuh di : https://www.bernama.com |
Kemaskini Terakhir: 11 Feb, 2021