LPP rancang bangunkan 10 ladang e-satelit tahun depanLARUT, 22 Nov -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merancang untuk membangunkan 10 ladang e-satelit yang merupakan projek pengeluaran sayur-sayuran menggunakan sistem Internet Benda (IOT) di seluruh negara tahun hadapan. Ketua Pengarahnya Datuk Azulita Salim berkata projek dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang bernilai RM3 juta itu, bertujuan meningkatkan bekalan makanan bagi keperluan negara dengan melibatkan penggunaan teknologi dalam aktiviti membaja dan meracun tanaman. Artikel penuh di : https://www.bernama.com Sumber dari Bernama |
Kemaskini Terakhir: 23 Nov, 2021