MAFI jamin bekalan makanan dapat dipenuhi sepanjang PKP

Berita Mei

MAFI jamin bekalan makanan dapat dipenuhi sepanjang PKP

TUMPAT, 28 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan makanan mencukupi sekiranya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan menyeluruh.

Timbalan Menteri II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata walaupun kebanyakan urusan kementerian dibuat secara maya namun keperluan rakyat sentiasa diutamakan bagi memastikan bekalan dipenuhi.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan makanan kepada 613 keluarga di lapan kampung di Delta Sungai Kelantan yang terlibat dengan PKPD Mukim Sungai Pinang.

Artikel penuh di : https://berita.rtm.gov.my

Sumber dari Berita RTM



Kemaskini Terakhir: 28 May, 2021